Ahad, 4 September 2011

Acara tahunan raya teamlempayun

04.09.2011.Ahad: Trip casting hariraya teamlempayun tahun 2011. Seperti tahun lepas, Sambutan raya disertai oleh Juan dan Otaipurun namun seorang lagi ahli iaitu Tay tidak dapat menyertai atas sebab-sebab tertentu. Kira-kira pukul 2:45 pm, Juan dan Otaipurun datang dan dijamu dengan hidangan ringkas kuih raya. Tidak sampai pun setengah jam, kami menyambung sambutan raya di Muara Bongawan dengan acara casting.
Acara selingan saja ni..tak panas punggung pun..gara-gara gian mau melihat renangan gewang

Acara tundaan dilakukan ketika bot menunju ke arah muara. Keadaan air amat cantik, tidak terlalu keruh dan tidak juga terlalu jernih. Suhu air juga agak hangat menggalakkan. Barupun 50 meter menunda gewang Inul, ia disentap mengejut berhampiran tebing berbatu. Si penyapa adalah seekor Ungah Juvenile yang dilepaskan semula ke habitatnya dengan senang hati.
Sebaik-baiknya kita popularkan gelaran tempatan spesis ini iaitu Ungah agar dikenali oleh seluruh warga pancing Malaysia.Tak payahlah guna nama MJ tu.geli geleman aku dengar..kalau mau guna juga, sebut penuhlah bro..Mangrove Jack.Siapa lagi yang mau promote nama tempatan ni kalau bukan kita..tak gitu bro?Jika di Papar, kita ikut sebutan Nyapentos ya.Di Binsulok digelar Lampingas, betul tak Pisang?

Tundaan perlahan disambung kembali hingga ke muara tanpa sebarang sambutan. Air semakin jernih ketika arus menyongsong pasang.Memang cantik naiknya.
Sessi casting tanpa henti dan jemu serta tanpa sambutan. Walaupun gewang silih berganti, namun strike tetap zero

Kami mula casting sehingga masuk ke dalam sungai Nyamuk. Didapati, hanya ikan Buntal yang amat galak mengejar gewang hingga ke permukaan air. Serangan Nyamuk yang semakin hebat menyebabkan Kami mula berpindah lubuk demi lubuk namun sambutan tetap hambar.
Sesekali kelihatan 4 hingga 5 ekor mengekori gewang hingga ke permukaan. Akibatnya, kantoi juga seekor dengan gelekkan gewang Juan.Yang ini PF atau Puffer fish..hehehehe

Acara menunda dilakukan sekali lagi dimana gewang Inul masih mendapat kepercayaan untuk beraksi. Tidak lama kemudian, ianya disapa lagi dengan satu terkaman lembut. Aku hanya menariknya sahaja dan seekor lagi Ungah Juvenile bermain jetski. Ungah ini juga dilepaskan kembali ke habitatnya.
Alahai..asyik anak-anak Ungah saja yang menghiburkan kami..ke mana pergi bapak nya ye?


Nah..kembalilah semula ke habitat asal mu. Semoga kita bertemu di masa hadapan dengan fizikal mu mampu menggetarkan pergelangan tanganku..hehehe..impian bro!

Hari telah pun lewat petang, kami melakukan satu pusingan ke Muara dan menunda kembali ke hulu. Tanpa disangka, Juan mendapat satu strike yang agak mendebarkan. Keputusannya, hanya keluhan dalam kedengaran apabila mangsa berjaya didaratkan. Kira-kira pukul 5:50 pm, kami tiba di jeti dan mengemas peralatan untuk berangkat pulang.
Yang penting strike brooo! yang ini spesis jarang pula dipanggil CF..catfish bukannya Bedukang...hehehehe

Kami enjoy dengan trip ini namun persoalan besar tetap berlegar di kepala, ke mana perginya bapak-bapak Ungah ini? Jika kita renungkan, jawapannya ada pada diri kita sebagai pengilat dan pemancing bottom. Sewajarnya kita tidak akan bertemu dengan bapak Ungah jika setiap Ungah bersaiz kecil pun dibawa balik sebagai hidangan. Kita tahu bahawa Ungah juvenile agak naïf(masih mentah) dengan persekitarannya.Ia juga mempunyai banyak musuh semulajadi.Disamping itu, ia juga menjadi mangsa kepada apapun jenis gewang mahupun umpan semulajadi berbanding Ungah bagak yang lebih berwaspada. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab kita semua sebagai warga pancing melepaskan kembali Ungah tak cukup saiz untuk dibiarkan besar di persekitarannya supaya ianya menjadi lawan yang hebat di masa hadapan. Jika kita tidak mulakan, siapa lagi…betul tak?salam hari raya maaf zahir dan batin dari Lempayun.