Lokasi kemalangan berlaku yang menyebabkan aku tidak akan menjejak kaki ke lokasi yang sama selamanya.
Memang sudah agak lama aku mencari joran casting light action untuk dipasangkan dengan low profile yang agak cinonet. Aku telah merayau ke KBS namun tidak ketemu ciri-ciri joran yang dikehendaki. Joran yang dikehendaki juga tidak berjaya ditemui di Geofish..ummm..akhirnya baru ini aku sempat singgah di SS Kota Marine. SS Kota Marine bukannya baru di dalam kamus pancingan ku. Aku telah berkunjung di kedai ini sejak tahun 1996, ketika ia masih lagi sebuah kedai kecil yang agak sedarhana sesuai dengan tahap perkembangan dunia pancingan ketika itu. KBS dan Geofish masih belum wujud ketika itu. Hanya Tay Bersaudara yang mampu memberi saingan kepada SS Kota Marine. Oleh itu, aku memang telah lama kenal dengan pemilik kedai SS Kota Marine dan aku akui memang sudah beribu wang ku belanjakan di kedai itu.Namun baru-baru ini telah berlaku tragedi di kedai itu yang juga menjadi sejarah kepada epik pancinganku. Ia juga menjadi satu episode pilu apabila pemilik kedai yang telah lama aku kenali lebih mengutamakan keuntungan sedikit berbanding mengutamakan pelanggan yang telah lama dikenali dan berpotensi memberikan pulangan jauh lebih banyak lagi. Sungguh malang bro!
joran yang tidak sepatutnya patah dengan sedikit tekanan menimbulkan tanda tanya
Rasa teraniaya
Kisahnya bermula begini…seperti biasa aku akan meneliti setiap joran dengan amat rapi. Setiap aspek akan ku uji dengan pengetahuan belasan tahun yang ada terhadap joran. Satu demi satu joran pelbagai jenama aku teliti untuk mendapatkan jodoh yang sesuai..hinggalah aku tiba ke joran jenama RELIX…binaannya agak cantik dengan bahan bermutu graphite dilingkari oleh fiber. Namun aku dapati sedikit kecacatan berbentuk lingkaran putih yang agak ganjil di bahagian atas joran.Tetapi aku kurang memberi perhatian memandangkan pembantu kedai adalah makcik yang dah tua dan tidak tahu apa-apa pasal joran manakala tauke kedai pun sibuk melayan pelanggan. Aku memegang pangkal dan hujung serentak dan dengan hanya terlalu sedikit lenturan dari kedua belah tangan..joran patah!!!PERRGGHHH..aku terperanjat beruk!!Aku segera memaklumkan kepada pemilik kedai akan hal ini. Sementara menanti kedatangannya, aku meneliti bahagian yang patah dan mendapati ia patah di bahagian lingkaran putih tadi. Berdasarkan pengalamanku, ianya adalah rekahan halus akibat hentakkan atau hentaman. Biasanya, syarikat pengeluar joran mempunyai piawaian joran yang ketat dan hanya akan mengeluarkan joran yang telah lulus ujian. Oleh itu, aku berpendapat bahawa joran ini telah mengalami kecederaan ketika penghantaran ataupun pengendalian oleh pemilik kedai. Kelalaian pemilik kedai yang tidak bertanggungjawab telah tidak memeriksa keadaan joran sebelum dipamerkan mengakibatkan kecelakaan kepada pelanggan. Walaupun aku telah memaklumkan hal ini kepada pemilik kedai, namun kemalangan telah dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepadaku..Malahan pemilik kedai memperlekehkan pengalamanku dan aku diminta untuk membayar harga joran yang telah patah.
Relix adalah antara jenama yang agak bagus...namun dengan terlalu mudah patah di SS Kota Marine
Aku cuba berunding dengan tauke kedai untuk mendapatkan jalan terbaik agar hubungan yang telah lama terjalin dapat dikekalkan. Namun seperti yang aku katakan tadi, pemilik SS Kota Marine lebih rela kehilangan pelanggan yang telah lama berbelanja di kedainya dan berpotensi membawa keuntungan di masa hadapan berbanding kerugian rm 146.90!!!Dengan perasaan yang amat kecewa dan terhina aku membayar jumlah tersebut tanpa mengambil joran yang telah patah dan aku maklumkan kepadanya, jika beginilah sikap peniaga..itu adalah kali terakhir aku singgah di SS Kota Marine..dan aku tidak akan sekalipun mencadangkan SS Kota Marine sebagai pilihan kepada rakan-rakan pancing!. Good Bye!
Beginilah yang berlaku jika tauke kedai bukan seorang kaki pancing mahupun kaki mengilat...yang hanya tahu..jual semata-mata!
Pengalaman sama yang berbeza dengan KBS
AKu pernah mengalami satu peristiwa dimana joran spinning expert Graphite yang ku teliti di kedainya mengalami kecacatan iaitu lekukkan di hujung joran. Aku segera maklumkan kepadanya, namun beliau berpendapat ianya adalah lebihan epoxy. Namun aku tetap berkeras ianya adalah kecacatan yang boleh mengakibatkan joran patah walaupun jika dikenakan sedikit tekanan. Beliau memberi jaminan bahawa joran akan diganti jika patah ditempat yang dimaksudkan. Oleh itu, aku bersetuju dan membeli joran tersebut. Seperti yang sudah diijangka, joran patah dibahagian yang dimaksudkan walaupun tekanan hanya dikenakan oleh seekor Bedukang!!..Keesokkannya, aku membawa joran tersebut ke KBS dan menunjukkan bahagian yang patah. Tanpa berlengah, beliau menguruskan joran ganti yang baru dengan aku hanya membayar tambang joran sebanyak RM 80.00. Sehingga kini, aku masih rasa berpuas hati dengan sikap bertanggungjawab Tauke KBS dan mendorong aku untuk terus berkunjung ke KBS sehingga kini. Tahniah dan satu sikap yang patut dicontohi oleh para peniaga lain terutamanya pemilik SS Kota Marine!. Ingatlah, tanpa pelanggan..siapalah anda! Kepada rakan-rakan pancing yang lain..berhati-hatilah ketika memilih joran kerana tidak semua joran yang dipamerkan di rak berada dalam keadaan sempurna. Oleh itu, sebelum joran dipamerkan,pemilik kedai bertanggungjawab memeriksa keadaan joran agar pelanggan berpuas hati ketika menguji joran yang hendak dibeli dan jangan sekalipun memperlekehkan kebolehan para pemancing. Sekian
Rabu, 31 Ogos 2011
Langgan:
Catatan (Atom)