11/05/2014: Trip diteruskan secara solo apabila rakan menafikan kehadiran saat-saat akhir disebabkan masalah keluarga. Keinginan yang membuak-buak untuk mengunjun jig ringan, menyebabkan aku meneruskan trip secara solo…yeeahhhhaaaaa!!The Lone Ranger
|
Barisan jig dan aksesori yang berjaya merabakkan poket tanpa disedari..hehehehehe..silap haribulan, ditutup dengan tudung saji ni oleh bini!! |
Oleh kerana aku bergerak solo, khidmat enjin Tohatsu 8 hp digunakan kali ini. Masalah ketiadaan jeti yang sesuai untuk menurunkan enjin 15 hp secara solo, menyebabkan enjin yang lebih ringan menjadi pilihan.
|
cuaca yang amat cantik dengan lautan teduh benar-benar melegakan. |
Aku tidaklah terlalu terburu-buru memandangkan trip kali ini hanya untuk jigging sahaja. Oleh itu, umpan pusu tidak diperlukan. Bot bergerak dengan lebih santai sambil menghirup udara segar.
|
Pandang darat waktu matahari terbit memang sangat indah. Suasana begini selalu menjadi buruan para pemancing. |
Jam menunjukkan angka 6:05 am sejurus aku keluar dari muara sungai. Keluar muara sangat mudah memandangkan keadaan air pasang pada 1.3 m ketika itu menyebabkan dasar muara sungai agak dalam.
|
solid hook up kerisi yang terpedaya dengan jig seberat 20 gm. |
Tidak sampai 10 minit kemudian, aku tiba di lubuk pertama iaitu bagang roboh. Joran mula dihenjut tanpa henti dengan harapan strike yang menggunung. Hampir satu jam, tanpa sebarang sambaran, aku bergerak ke lubuk seterusnya sambil trolling. Mana la tau ada Tenggiri sesat..hehehe
|
tiang nibung sisa tinggalan bagang yang roboh sekaligus membentuk jerumun ikan di dasar laut. Ada masanya, jerumun bagang ini dipenuhi ikan dan ada kalanya kosong tidak berpenghuni. Apatah lagi, baru-baru ini kedapatan kegiatan mengebom ikan dari pengebom ikan dari Kinarut. |
|
Ku sangka cerah sampai ke petang, rupannya angin ribut semakin menghampiri. Kawasan gelap ini berada di sebelah Kuala Penyu dan dijangka akan tiba dalam masa kurang sejam. |
Kira-kira pukul 9:00 am, keadaan hari mulai berubah. Angin sejuk mulai bertiup dan kelihatan barisan awan hitam di sebelah Kuala Penyu semakin menghampiri. Aku masih bertahan dan meneruskan aktiviti jigging hingga tiba saat sesuai untuk evacuation.hehehe..
|
Para pemancing yang tiba lebih awal untuk berteduh dari angin kencang. kelihatan ketenangan air sungai juga dikocakkan oleh angin. |
Kira-kira pukul 9:30 am, kelihatan beberapa buah bot mula bergerak meninggalkan bagang dan memecut masuk ke muara sungai..Alamak..ni tidak boleh ditunggu ni. Aku segera melepaskan sauh dan memecut bot ke muara. Pergerakan bot agak perlahan dijana oleh Tohatsu 8 hp. Sejurus melepasi muara sungai, angin kencang tiba dengan kekuatan boleh tahan.
|
Keadaam muara sungai di permulaan ribut. Kejap lagi, dengan kekuatan penuh angin, ombak akan semakin meninggi dan merbahaya kepada perahu-perahu kecil. |
Memancing memang seronok, namun keselamatan tetap diutamakan. Selagi hayat dikandung badan, esok pasti ada lagi hari untuk memancing.salam ikhlas dari Lempayun..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan