13/05/2014: Ketika cuti hari Wesak disambut di seluruh negara, Team Sangak kembali beraksi di Laut Bengawan. Trip ini adalah susulan dari
Jigging Battle tempoh hari dengan kaedah serampang 2 mata iaitu Light Jigging
dan Bottom fishing.
Saling menghulur dan menyambut |
Seawal jam 5:30 am, Team Sangak telah berada di jeti Kg Seri
Serbang. Hujan lebat semalam menyebabkan rumput di sekitar jeti agak basah dan
licin. Tanpa berlengah, kami mula memunggah peralatan memancing ke dalam bot,
Sementara itu, aku setting enjin 15 hp Yamaha ke badan bot. Beberapa buah bot kaki pancing
melepasi kami satu demi satu..waaa..ramainya pemancing turun beraksi hari ini.
Yusry dan Masdey duduk bersanding macam pengantin..hehehehe..boleh muat lah pula seat ani. |
Bot terus dipacu laju menuju muara sungai. Ketika itu, cuaca
amat cantik dan langit juga indah dengan awan tipis. 6:50 am, bot lempayun
melepasi muara dengan mudah. Laut ketika itu amat teduh, seperti kata orang
tua, ‘kopi pun tak tumpah’. Rata seperti tikar yang dihamparkan.
Tayang Tenggiri trolling di awal pagi..hehehehe..kurang asam betul la mamat ni!! |
Kami terus menuju ke bagang paling dekat terletak di
Mandahan. Di sini, kami berjaya memperolehi sedikit umpan Pusu/Bilis yang
bercampur dengan anak-anak ikan Tamban. Boleh laaaa..daripada langsung tiada.
Lagipun, tekong muda Puad dari Team Tungkol Pisang juga telah mendapatkan umpan
untuk kami bertiga…thank u boiiiii!!!
Sekali naik 2 ekor Kerisi..kalau 10 000 kali, boleh karam ni bot! |
Kami berlabuh di bagang pertama dengan acara bottom terlebih
dahulu. Tidak lama menanti, huluran bilis kami mula bersambut dengan penghuni
dasar bagang. Satu persatu penghuninya
di bawa melancong ke dalam bot.hehehehe..
Kami mula berpindah ke bagang lain setelah
sambutan dari penghuni bagang mulai berkurang. Kali ini, kami berpindah ke
bagang atas. Kini, giliran anak ikan Gerunggung/Cencaru digelar Kaput menjadi
penghibur.
Kerisi benar-benar mengamuk kali ini. Hujan ribut semalam mungkin menyebabkan mereka mengalami kebuluran tahap Gaban!perghhhhh..taruk makan taruk makan oooo!! |
Penggunaan appolo jenama seahawk size 12 amat berkesan
dengan ke enam-enam matanya dipenuhi oleh Kaput. Layan saja..hahaha..goreng pun
sedap nih!..jangan biar lama sangat di dalam air ya, renangan melilau Kaput mudah saja menyebabkan appolo anda berkulut/berselirat.hehehe
Tangah Musa yang memancing di sebelah sering bermonolog dan sesekali memarahi ikan yang berjaya melepaskan diri. |
Hari cerah tidak bertahan lama apabila awan hitam
yang menggelapkan ruang udara Kuala Penyu, Binsulok dan Pimping mula meuntahkan
hujan. Hujan lebat berakhir di daratan, namun anginnya tetap tiba ke Laut
Bengawan. Kencang juga angin yang datang ni..hehehe..steady saja bro!
Bengkawat/Pelangi/Rainbow selepas hujan menghidangkan satu lagi pemandangan indah anugerah dari Allah. Ada banyak sebab individu minat dengan hobi hanyir ini, dan ini adalah salah satu darinya. |
Menurut Yusry, nama ikan ini adalah B_T_H Sarjan..hahahaha..ntah kenapa? |
Aktiviti pancing diteruskan di bagang paling
bawah. Kali ini, Team Sangak berpesta Kerisi bersaiz bagak. Suasana taruk
makan, taruk makan ini berterusan hampir sejam.
Acara pancing dasar tetap diteruskan dan sesekali anak-anak Travelly mencelah suasana pancingan |
Kami kehabisan umpan bilis, nasib baik anak-anak
Tamban juga turut dibelasah oleh Kerisi yang kelaparan. Kami terpaksa
meninggalkan bagang ini untuk mendapatkan bekalan umpan baru dari tekong muda
Puad.
B_T_H Sarjan yang berminat dengan Jig Zumba ku.hehehe..memang spesis ni agak |
Kira-kira pukul 11.00 am, acara pancingan bottom
diteruskan sambil diselang seli dengan acara light jigging. Rasanya, semenjak
beberapa minggu ni, kelibat Travelly memang tidak dikesan oleh mana-mana
jigger.
Kerisi juga meminati jig Rumba ini dengan syarat dimainkan perlahan di dasar laut ibarat penari Zumba sedang beraksi |
Tidak hairanlah, light jigging belum menghasilkan sebarang
sambaran padu. Asyik turun dan naik besi saja nih!..hehehe...apapun…semua telah ditentukanNYA.
Kira-kira pukul 12.30 pm, kami mula bepindah ke
bagang-bagang bawah yang berhampiran dengan pesisir pantai memandangkan awan
gelap muncul kembali dari sebelah Membakut. Apa pun, jarak perjalanan mesti
dpendekkan masanya untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan buruk.
Ribut round 2. Kali ini ia agak menyeramkan. So, apa tunggu lagi.sung tah blah!!Safety first bro..esok-esok boleh turun lagi. Kalau kena ni, boleh tak nampak muara sungai ni. |
Aksi pancingan dasar agak kurang meriah kali ini. Hanya
sesekali Kerisi melayan umpan Bilis yang dibekalkan oleh Bezita@Tommy yang
memancing bersebelahan bot tadi.
bekal yang disediakan oleh bini |
Kami segera beredar dan bertolak pulang ke muara sungai. Ketika ini, angin mulai bertiup kencang. Mujurlah angin dari daratan dimana kekuatannya sudahpun dikurangkan oleh landskap pesisir pantai yang dipenuhi oleh pokok Bakau.
Sedang mengira hasil tangkapan. Hasil ni kali boleh tahan..kata Masdey. |
Sejurus memasuki sungai, hujan mulai turun dan mengiringi
perjalanan pulang kami hingga ke jeti. Rancangan untuk menjamu selera di bawah
rimbunan pokok bakau terpaksa dibatalkan kerana hujan lebat.
Segar dari ladang. Seminggu tak ke pasar ikan ni..hehehehe.. |
Trip yang dikatakan agak berjaya ini amat menyeronokkan
apabila penghuni dasar laut memberikan respon yang meriah. Namun, keselamatan
tetap diutamakan. Kita secara mandatori akan mengakhiri trip jika cuaca berubah
secara tiba-tiba. Jangan risau, laut tidak akan lari ke mana-mana. Esok masih
ada baaaa..hehehehe..terimakasih kepada Team Sangak, Yusry dan Masdey…nanti
kita plan lagi.Salam ikhlas dari Lempayun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan