Isnin, 5 Mei 2014

KILLAR ANGLERS TEAM LIGHT JIGGING 2014

Seminggu sebelum itu, Otai Killar Anglers Team (KAT) Dr Juslee merancang untuk mengadakan satu trip light jigging yang akan dihoskan oleh Lempayun di sekitar laut Bengawan di Teluk Kimanis. Oleh itu, tarikh sesuai telah diaturkan dan jatuh pada 04/05/2014 bersamaan pada hari ahad.
Otai KAT sedang memberi panduan dalam menyediakan persembahan jig mengggunakan double assist hook.  Malangnya, kaedah yang amat berkesan ini juga menggunakan kos yang agak tinggi untuk sebiji jig
Seminggu sebelum itu juga iaitu pada 26/04/2014. Lempayun dan Dr Juslee shopping peralatan light jigging di KBS Tackle dan Geofish Kota Kinabalu. Shopping ini juga disertai oleh ahli KAT yang lain iaitu Demian dan Bonte. Bertempat di Geofish, kesemua mereka membeli peralatan Light Jigging seperti kekili bersaiz 2500 dan joran microjig PE 0.4-PE 1.5. Beberapa biji jig seberat 18 gm hingga 40 gm dari pelbagai brand juga telah ditapau disamping aksesori yang lain seperti kevlar, hooks, solid dan split rings, braided line dan lain-lain. Pendek kata, senyum sampai ke telinga tauke yang berada di kaunter. Bonte yang pada mulanya hanya memerhati, akirnya terperangkap dengan ikut sama bershopping sakan.hehehehe..bocor poket ooooo!!!
Tu diaaaaa..begini caranya untuk membuat simpulan pada kevlar yang dihubungkan kepada solid ring
Seawal pukul 5.20 am, Lempayun telah menanti ketiga-tiga mereka di Pekan Bengawan. Pukul 5.28 am, mereka tiba dan mengekori kenderaan Lempayun ke Jeti Nelayan Kg Seri Serbang. Aku merasa lega melihat keadaan cuaca yang cantik tanpa ada sebarang kepulan awan hitam seperti yang berlaku kelmarin. Dalam beberapa hari ini, saya sentiasa mendapatkan laporan keadaan laut terkini daripada Tekong Puad yang rajin turun ke laut.
Awal subuh memunggah peralatan ke dalam bot. Ketika itu, air pasang pada 1.2 m. Terpaksa lah korang berdua merendam kaki ke dalam air yang sejuk
Pukul 5.45 am, kami tiba dan tanpa berlengah segera memunggah peralatan ke dalam bot Lempayun. Bot agak sarat dengan kapasiti 4 orang pemancing, namun keadaan laut yang agak teduh memberi peluang untuk kami beraksi dengan selamat. Ketika ini, air sungai telah pun pasang pada 1.2 meter dan ini pasti memudahkan bot sepanjang 21 kaki menyusur keluar muara sungai.
Bergerak ke lubuk dalam keadaan cuaca yang amat cantik dan laut yang teduh. Rasa tidak sabar untuk menurunkan jig
Pada pukul 6.02 am, kami tiba di muara dan bot segera di pacu ke lubuk pertama. Kira-kira 10 minit kemudian, kami telah pun memulakan aksi jigging di bagang roboh. Arus di dasar agak kuat ketika ini dan penggunaan jig seberat 28 gm hingga 40 gm berjaya menembusi kekuatan arus untuk tiba ke dasar.
lubuk pertama Bagang Roboh. Timbunan kayu-kayan yang terdiri daripada nibung dan buluh di dasar laut sekaligus menjadi pusat perlindungan dan pembiakan ikan. Jumlah ikan-ikan kecil yang banyak berkumpul di struktur ini menjadi tarikan kepada para pemangsa yang berkeliaran memburu makanan
Pelbagai kaedah unjunan dipraktikkan ketika itu, sama ada slow motion jigging, slow and jerk jigging, slow pitch-jigging dan high speed jigging. Dr Juslee tetap setia dengan kaedah slow pitch jigging manakala saya lebih suka dengan pelbagai teknik. Hampir 40 minit beraksi dengan beberapa biji jig pelbagai berat dan warna dguna bersilih ganti tanpa sebarang strike, akhirnya kami berpindah ke lubuk kedua.
Aksi di lubuk pertama ketika matahari mulai terbit. Jig diunjun dengan penuh semangat dan sering ditukar ganti untuk mengesan selera ikan di awal pagi
Matahari mulai tinggi ketika kami memulakan aksi di lubuk kedua yang juga sebuah bagang roboh. Jig pelbagai berat dan warna bersilih ganti diaksikan. Apa guna beli jig banyak-banyak jika tak digunakan..hehehe. Kami menggiatkan aksi jigging tanpa henti untuk 30 minit seterusnya tanpa sebarang sambaran ganas.

Bulan jatuh ke riba apabila jig hinomiya ini tersangkut pada jig yang sedang diunjun oleh Bonte. Agaknya, siapalah pemilik jig pembunuh Kerapu ini?
Di lubuk ini aku kehilangan sebiji jig manakala Bonte pula memperolehi sebiji jig kepunyaan jigger malang sebelumnya. Jigging di atas timbunan struktur kayu di dasar laut memang mempunyai risiko kadar sangkut yang tinggi. Oleh itu, 
lesen Dr Julsee. Slow pitch-jigging berjaya memerangkap seekor ikan pisang-pisang. Kenapalah ikan ini tidak seberat 7 hingga 8 kg..kan sedap layan
bersedialah membuat pelaburan dan ‘no hard feeling’ jika anda tidak dapat menyelamatkan jig kesayangan anda yang sangkut di dasar..hehehe..banyak lagi di kedai baaaa.
saiz lebih kurang, tapi selera besar. Sebenarnya, ikan ini mengejar ekor sahaja dan bukannya jig. Double assist hook di belakang jig berperanan seperti ekor jika dimainkan di dalam air
Kami berpindah lagi ke bagang hidup dan meneruskan aksi sumbang. Walaupun begitu, strike ganas masih diharapkan. Pergerakan arus di dasar tidak menentu agaknya mengurangkan keaktifan ikan sejak beberapa hari ini. Terserempak dengan para pemancing dasar juga mengesahkan bahawa ikan sangat kurang mematuk di bawah. Namun, kami tetap optimis dengan sentiasa berharap pemangsa akan buka mulut juga akhirnya.
Apa lagi la kerja si Demian ni??Kamera waterproof bernilai RM 700 ini cuba hendak ditenggelamkan ke dasar untuk melihat suasana struktur robohan bagang. Banyak ikan kah tidak??hehehe

Kami berpindah lagi ke bagang roboh, namun hasilnya tetap sama. Hanya Kerisi sahaja yang melayan Slow pitch-jigging Dr Juslee. Walaupun begitu, kami tetap gigih meneruskan aksi jigging.
Jigging ala pengantin bersanding
Kira-kira pukul 11.20 am, angin laut mula bertiup kencang dan menyebabkan sedikit bungalapang di permukaan laut. Saya masih menganggap keadaan masih lagi mengizinkan untuk meneruskan aksi jigging. Oleh itu, kami berlabuh di bagang terakhir untuk menghabiskan sisa-sisa masa yang masih ada.
Mangsa kedua Slow Pitch-Jigging yang kali ini benar-benar berniat mau belasah jig. Next time kita jig Kerisi Bali/Ibu Kerisi yang lebih bagak dari ini
Jig sering ditukar dan saya memilih untuk menggunakan jig seberat 18 gm memandangkan keadaan arus yang agak lemah ketika itu. Jigger yang lain juga tak berat tangan untuk menukar jig masing-masing. Namun, strike ganas dari pemangsa bagak yang diharapkan tetap tidak kunjung tiba. 
Lesen anak Kerapu oleh Bonte yang amat rajin mengunjun berhampiran bagang. Belum ada nasib bro, jika kena Kerapu kilo-kilo, sengsara juga kau paksa ia keluar dari tiang bagang!
Sehinggalah keadaan laut agak berombak dimana alun besar mula disertai oleh bungalapang yang memutih, kami mengambil keputusan untuk menamatkan trip pada pukul 12.05 pm. Ada masa dan peluang, pasti trip diatur lagi.
berehat dan berteduh di muara ketika air laut yang sedang pasang meluru masuk membawa kawanan ikan
Kami hanya tiba di jeti kira-kira pukul 12.45 pm setelah lama berehat di muara sungai. Keadaan air pasang kehijauan pada 1.5 m membolehkan bot kami berteduh di bawah pohon bakau sambil menyaksikan para pemancing bottom beraksi.
Badul dan Matali Boi yang sedang membottom di seberang sungai berjaya menyangkarkan 2 ekor Ungah/Ikan Merah
Laporan dari beberapa orang rakan jiggers yang menyatakan bahawa GT dan travelly lain agak culas menyambar jig memang ada benarnya. Patut pun mereka gantung rod buat sementara waktu.hehehe..
Aksi mesti mau gempak bro..hehehe..Killar Anglers Team sempat berposing sebelum berangkat pulang. Next time, kita apil(appeal) lagi

Dari sudut positif, sekurang-kurangnya Killar Anglers Team sudahpun beraksi di Laut Bengawan dan maklum bahawa memang adat jigging iaitu..jika ada rezeki pasti strike gila-gila dan jika kumpau, memang kumpau tahap gaban..hehehe..yang penting enjoy..Apapun, diharap KAT tidak serik untuk datang beraksi di laut Bengawan di masa akan datang. Salam ikhlas dari Lempayun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan