Kira-kira pukul 6.45 am, para peserta telah dilepaskan dari Jeti
GDW Kampung Seri Serbang. Cuaca yang sangat baik, cerah dan keadaan laut yang
teduh amat sporting dengan battle ini. Bot para peserta memecut ke lubuk
pilihan masing-masing dengan penuh semangat dan harapan..hehehe..Yusry dan
Masdey, kita belakang-belakang saja bah. Jangan risau, “Semua telah
ditentukanNya”!
|
Lempayun melakukan tawaf di atas bot untuk menewaskan geng Kapak ini. Kejayaan menewaskan spesis ini juga dibantu oleh Yusry dan Masdey yang sentiasa memberi semangat dan sokongan. |
Dalam suasana pertandingan ini, dapat dilihat bot para peserta memecut ke sana ke mari mencari lubuk. Perkara ini memberi makna bahawa ikan agak culas untuk menyambar jig tanpa diketahui punca sebenarnya. Setiap peserta yang melintas pasti akan mennunjukan isyarat ibujari ke bawah menandakan belum ada strike.
|
Closed up matakail jig yang melekat kukuh di mulut ebek |
Oleh itu, Team Sangak memilih untuk mengambil pendekatan bertahan agak
lama di satu-satu lubuk. Kami beranggapan, setiap struktur di dasar laut memang dihuni oleh para pemangsa, cuma kami
hanya menunggu bilakah masanya pemangsa membuka mulut dan berharap ia akan menyambar jig. So, sabar Yus dan
Masdey..”Semua telah ditentukanNya”.
|
Sejurus Ebek berjaya didaratkan, Yusry yang menurunkan jig ketika keadaan masih hangat berjaya dengan strike Gerunggung/Cencaru yang menobtkannya tempat ke 5 ikan terberat. |
Kami hanya berpindah lubuk sebanyak 9 kali
sebelum kami berangkat pulang pada pukul 2:17 pm. Ketika itu, keadaan laut mula
berombak (Bungalapang) dan agak merbahaya kepada bot-bot kecil. Sebelum mengakhiri sessi, Team Sangak sempat lagi melabuhkan jig di beberapa buah bagang yang terletak paling hampir dengan pesisir pantai.
|
Sessi menimbang hasil tangkapan para peserta dalam suasana riuh rendah |
Battle telah ditamatkan tepat pada pukul 3:00 pm dengan semua peserta telah berada di jeti untuk sessi menimbang hasil tangkapan masing-masing. Suasana riuh rendah dengan usik mengusik antara satu sama lain menarik perhatian para pengguna jalanraya berhampiran. Peserta
bersurai kira-kira pukul 3:30 pm dan penganjur meminta agar semua berkumpul di Nurul Café and
Beverages pada pukul 7:00 pm untuk sessi penyampaian hadiah. Kerjasamaanda semua amat diharapkan.
|
Geng Kapak mendahului carta tangkapan spesis terberat dalam battle ini |
Ringkasnya, juara keseluruhan battle ini adalah
Team Tungkol Pisang dan salah seorang anggotanya iaitu Dipu menjadi juara ikan
terberat (ebek seberat 3.41 kg). Naib Juara pula adalah Team Sangak dan
Lempayun mendapat kedudukkan naib juara (ebek seberat 1.83 kg). Manakala Apek
dari Team 7 Star Sea Cruise mendapat tempat ketiga (Talang/Bekalang seberat
1.52 kg).
|
Para peminat Jig yang sedang menunggu giliran untuk ditimbang |
Team Sangak telah berjaya mendapat tempat dalam 6 kategori dengan
Lempayun meraih kedudukan naib juara ikan terberat, Naib juara tangkapan
trevally terbanyak dan juara kategori strike terbanyak. Yusry pula berjaya meraih
kedudukan ke 5 kategori tangkapan terberat dan naib juara kategori tangkapan Trevally terbanyak. Keseluruhannya, Team Sangak juga menjadi naib juara kategori kumpulan.
|
Juara kategori ikan istimewa dari KOB, seekor Langging/Laroi/Timah |
Kategori Ikan bernilai tinggi pula dijuarai oleh Puad dengan
tangkapan 2 ekor anak Tenggiri manakala kategori ikan istimewa dimenangi oleh KOB
dengan tangkapan Ikan Laroi/Langging/Timah. Kategori lain seperti Penampilan
paling Gay diraih oleh En. Kamal Kupun, Tekong paling sukses diraih oleh Puad,
Kategori lauk Ucing Tanah dimenangi oleh Dahlan dan kategori penampilan terbaik malam penyampaian hadiah telah dimenangi
oleh PKMuzz.
|
Spesis penghuni tiang bagang, Pisang Taris menyambar jig berhampiran tiang bagang |
|
Lumading/Anak Tenggiri menjuarai kategori ikan bernilai tinggi. Mana lah mak bapak anak Tenggiri ni ya? |
|
Ustaz Dipu dengan Ebek juara menjadi sasaran pembalasan dendam oleh para jigger dalam battle yang akan datang |
|
Jig Che Gu Sudin juga diminati oleh Kerisi. Apapun, mengatasi mabuk laut adalah kejayaan sebenar yang dikecapi oleh Che Gu Sudin. Tahniah! |
|
Encik Kamal yang sentiasa berpakaian kemas menobatkannya sebagai juara dalam kategori istimewa iaitu penampilan paling Gay. Misai ala datuk K tuu..hehehehe |
|
Foul hook menunjukkan spesis penyelongkar dasar ini agak banyak berebut jig |
|
Ikan Temenung mengejar Jig sehingga ke permukaan laut akhirnya tumbang dengan jig yang hampir menyamai saiz tubuhnya. |
|
Hadiah menarik yang disediakan oleh penganjur |
Tahniah kepada Team Tungkol Pisang kerana bergelar juara battle. Team Sangak juga tidak lupa mengucapkan syabas kepada team-team lain. Team Tungkol Pisang pasti akan menghadapi
kesukaran untuk mempertahankan kejuaraan dalam battle yang akan datang.
Suasana penyampaian hadiah kepada para peserta yang berjaya meraih kedudukan
|
Hamper milik Team Sangak |
|
Juadah lazat juga disediakan oleh penganjur dan Puad mendahului barisan para pejuang makan!hehehe KEPADA PARA PEMINAT LIGHT JIGGING/BOTTOM YANG BERADA DI LUAR SANA, BOT TEKONG MUDA INI BOLEH DITEMPAH UNTUK AKSI SEKITAR TELUK KIMANIS DI NOMBOR 0195811032. oh ya, book se awal yang boleh kerana beliau merupakan tekong terhangat di pasaran. |
|
Jamuan enak dari penganjur |
Penganjur mengucapkan ribuan terimakasih kepada para penaja
yang terdiri daripada Nurul Café Food & Beverages, Pemborong Siti Armah 2,
Kedai Runcit Idaman, Cheese Cake House, AMF Tyre Service, Family Freshmart,
Amalika ENT dan THS Tackle Gear. Disamping itu juga, penganjur amat menghargai
kerjasama padu dari GDW KPG Seri Serbang yang diketuai oleh JKKK Jefri Hossil
dalam menjayakan battle ini. Semoga acara ini akan berterusan dan bertambah grand di masa hadapan. Syabas dan Tahniah kepada komuniti JoranNakamaBoi atas kejayaan penganjuran battle ini. Salam ikhlas dari Lempayun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan