27.042014 (ahad) merupakan hari yang amat dinanti-nantikan oleh para jiggers
Bengawan yang bernaung di bawah brand JoranNakamaBoi (JNB). Pada hari itu,
telah diadakan satu pertandingan (battle) tertutup bertemakan silaturrahim. Battle ini mengkhususkan
100 % kaedah bersifat sporty iaitu kaedah mengunjun jig ringan (light jigging).
Kaedah ini agak baru dipraktikkan di Teluk Kimanis oleh para
jigger yang rajin bereksperimentasi. Penggunaan jig ringan seberat 15 hingga 40
gram menjadi pilihan dan dipadankan dengan set ringan dengan joran
berkekuatan di antara PE 04- PE1.5 dan kekili bersaiz 1000 hingga 3000. Penggunaan
Braided dan perambut fluorocarbon diyakini memberi kelebihan kepada para
jigger yang serious.
Dalam pertandingan ini, sebarang penggunaan umpan semulajadi
akan menyebabkan penyertaan terbatal serta merta. Kegagalan peserta membawa
life jacket juga akan menyebabkan bot dan peserta cuai tidak boleh berlepas
dari jeti. Keperihatinan penganjur terhadap aspek keselamatan amat jelas dengan kuasa muktamad/veto mereka boleh membatalkan pertandingan bila-bila saja jika
cuaca dianggap tidak selamat untuk bertanding. Tahniah!
Untuk menaikan semangat juang para peserta, Penganjur telah
berusaha keras mendapatkan penaja dalam
penyediaan hadiah berbentuk hamper dan beberapa aksesori memancing untuk kategori-kategori
yang telah ditetapkan. Para penaja pula adalah para peniaga yang bermurah hati untuk memastikan kejayaan penganjuran berjaya mencapai matlamat. Kita berdoa semoga rezeki mereka semakin bertambah berlipat kali ganda dan berupaya menyediakan tajaan yang lebih grand dalam battle yang akan datang.Syabas!!
Sessi bacaan doa oleh Encik Jefri Bin Hossil. JKKK Gdw Kpg Seri Serbang sebelum melepaskan peserta. Apapun yang dilaksanakan, restu dariNYA juga dipohon agar battle ini berlangsung dengan selamat. |
Matlamat utama battle ini adalah untuk mengeratkan lagi tali
silaturrahim disamping menggalakkan perkongsian ilmu memancing pelbagai kaedah
di kalangan pemancing. Battle ini juga secara tidak langsung mendidik para
peserta dengan nilai murni dimana para peserta sendiri yang akan menjadi
marshal pertandingan. Semangat kerjasama kumpulan dan nilai kejujuran juga
dapat diterapkan dikalangan peserta. Jelasnya, kalah dan menang bukanlah matlamat utama.
Sessi bergambar sebelum berlepas ke arena pertandingan |
Lokasi pertandingan pula telah ditetapkan di
sekitar area Teluk Kimanis dengan pengecualian kawasan tertentu seperti
Lawa-Lawa/Unjam yang dimiliki oleh nelayan persendirian. Oleh itu, para jigger hanya boleh memberi tumpuan kepada
struktur Bagang hidup dan Bagang roboh yang kedapatan berselerak di Teluk ini.
Team Sangak dianggotai oleh Lempayun, Masdey dan Yusry. Bot sepanjang 21 kaki ini bergerak selamba membelah laut ketika bot-bot lain memecut ke lokasi pilihan masing-masing. |
Motto Team Sangak "Semua sudah ditentukanNYA".So, tak perlu bergegas ya. Kita nikmati dan bersantai dengan suasana laut yang teduh dan cuaca yang nyaman, menyegarkan serta menenangkan. |
Kelihatan beberapa buah bot peserta sedang beraksi di lokasi Bagang roboh/karam. Kami terus menuju ke tengah laut untuk aksi pertama di bagang roboh. |
Team sangak mula beraksi. Masdey duduk di tengah dan Yusry yang lengkap dengan outfit jigger tegar berada di haluan bot. Mantap!!ada harapan dapat tempat ni. |
Dalam pertandingan ini, 10 kumpulan telah mengesahkan penyertaan. Di antaranya adalah Team Dewa Laut (Haszlin,PKMuzz,Hamsir), Team Bunga
Lapang (Badul,Akraimie,THS),Team Tungkol Pisang (Puad,Dipu,Zulgay), Team
Dayang Kesuma (Bezita,Abam KK,Che Gu Sudin), Team Atu
Cuntuu(Rosmin,Yongman,Tiger),
strike pertama Lempayun. Anak Bekalang/Talang.Ada harapan menang kategori juga ni.hehehe |
Team Bebadas Kali Ani (Kamal Yaakob,Pen
Merah,Lamak), Team 7 Star Sea Cruise(Nawie jigger,TYMM KOB,Apek), Team Yang
Mulia(Kapitan Pope,Mamat,Dahlan Gay), Team DOA MH370(Alan,Amin,Iqbal) dan Team
Sangak(Lempayun,Yusry,Masdey) yang mengesahkan penyertaan di saat-saat akhir.
Perlawanan pasti hebat dan mengujakan jika ia bersaiz 3 kg ke atas. Apalagi jika kena dengan set seringan PE 0.4-PE 1.perghhhh!!!!boleh menangis kekili ni.. |
Kerisi pun berminat dengan jig Rainbow kegemaran Yusry. Satu lagi tambahan mata kepada Team Sangak untuk kategori kumpulan. |
Team Sangak yang dianggotai oleh Lempayun, Yusry
dan Masdey adalah team underdog dengan masing-masing memiliki pengalaman yang
agak mentah dalam kaedah baru ini. Persiapan hanya bersifat ala kadar sahaja. Walaupun begitu, persediaan rapi telah
dilakukan dengan penggalian ilmu light jigging yang banyak di Google dan Youtube. terutamanya dari para jigger Jepun yang telah mendahului teknik ini dalam arena pancingan.
Walaupun rata-rata team yang bertanding dianggotai
oleh para pioneer dalam bidang ini, Team Sangak dengan motto “Semua telah
ditentukanNya’ tetap tidak gentar dengan reputasi hebat team-team yang lain. Selagi jig menari di dalam air, kita tidak tahu spesis apa yang akan berminat menyambar jig. Jantung pasti akan sentiasa berdegup kencang ketika mengunjun jig. Alahai..bersambung lah pula cerita ni..hehehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan