Isnin, 5 Mei 2014

LESEN LIGHT JIGGING PERTAMA 2014

29/04/2014 (selasa) 2.30 pm, aku dan Juan bergerak menuju muara untuk aksi sepetang light jigging. Semangat yang berkobar-kobar dan keterujaan jigger baru untuk mengaksikan jig yang baru dibeli bagaimanapun sedikit terencat apabila melihat keadaan laut yang agak berombak. 
angkat lah enjin tu kalau mau beraksi..hehehehe..
Walaupun kelihatan permukaan sedang laut memutih, kami berdua tetap keluar ke laut dengan sedikit harapan angin akan berhenti  dan laut kembali teduh untuk memberi laluan kepada kami meneruskan aksi light jigging. Namun, harapan hanya tinggal harapan. Malahan, keadaan ombak semakin merbahaya kepada perahu-perahu kecil. 
strike kedua yang akhirnya berjaya menewaskan baby travelly ini. Ini baru beberapa ratus gram sahaja, belum lagi yang kilo-kilo.hehehe
Kami hanya sempat jigging di lokasi pertama yang dianggap sementara sebelum ke destinasi sebenar iaitu bagang roboh. Apabila keadaan ombak semakin menunjukkan marah dan angin bertambah kencang, kami akhirnya mengalah dan berundur masuk ke muara sungai. Safety first bro! Nampaknya, ini bukanlah harinya untuk aksi sepetang light jigging. Salam ikhlas dari Lempayun.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan