Sabtu, 17 September 2016

RIBUT PAGI

17/09/16(Sabtu): Setelah lebih sebulan tidak menjenguk muara sungai Bengawan atas sebab urusan keluarga, aku akhirnya turun juga memenuhi hasrat yang lama terpendam. Trip kali ini bersama adam, rakan yang telah lama bergiat bersama dalam bidang ini.
Kehadiran kami di muara sungai di sambut 'mesra' oleh cuaca gelap dari laut...alahai....
Walaupun agak liat di awal subuh, hati dikuatkan juga untuk segera bersiap. 5:20 am, adam sudahpun memasuki halaman rumah. Tanpa berlengah, kami segera memunggah peralatan ke dalam pick up miliknya.
rakan-rakan seangkatan juga berhenti di muara untuk berteduh menantikan ribut berlalu.
Agak kecewa juga apabila kedai runcit petronas kehabisan bekalan ais. Nampak gaya, trip ini pasti akan berlangsung dengan singkat...memang singkat pun!
Pondok nelayan ini juga lah yang menjadi penyelamat dari kesejukan akibat angin ribut beserta hujan lebat
Kami bergegas ke jeti bot teamlempayun di Kg Biau. Air mulai bergerak pasang memudahkan bot dihulur keluar dari garaj.
Dell@Tamparan juga kandas bersama-sama untuk meraikan kehadiran ribut pagi ini.hehehe
Kami memecut laju menuju muara dengan perasaan teruja. Terasa bayu laut yang agak keras bertiup dalam suasana pagi yang agak gelap. Ketika memasuki zon muara, nampak garisan awan gelap yang tebal seolah-olah pintu gerbang menyambut kehadiran kami.
Angin kencang dan hujan lebat menyebabkan kami semua berpindah ke belakang dinding untuk mengelakkan tempias hujan yang amat kuat
Ribut datang bro!..nampak gaya berhenti dulu di muara lah ni. Keselamatan diutamakan. Pondok ini menjadi tempat berteduh kepada para pemancing dan nelayan. Suasana agak meriah dan ceria dengan pelbagai gelagat para pemancing. Ada juga penancing yang mula menghabiskan bekalan makanan..hehehehe
Lebatnya hujan dalam suasana yang indah dan nostalgia ini
Pukul 9:30 am, angin dan hujan mulai berhenti. Namun, kesan angin kuat menyebabkan alun agak kuat dan muara sungai agak bergelora. Kami berdua tidak mengambil risiko dan bersetuju untuk pulang.Esok masih ada bhaa...hehehehe..sayunya pagi.