Sabtu, 17 Mac 2012

Gelama2:hari tidak selalu cerah

Setelah agak sukses dalam acara menggelama tempoh hari, kami bercadang untuk mengulang sessi pancingan gelama diawal cuti persekolahan. Sementara masih musimnya, jangan dibiar lepas begitu sahaja. Oh ya, cuaca ketika ini pun belum mengizinkan untuk acara casting kerana hujan yang kerap turun menyebabkan air keruh. Kalau nak cast juga, tu memang ada masalah tu..hehehe
 suasana senja yang agak redup dan 'catching'
'
Walaupun sungai Binsulok tidak keruh, namun suhu air laut yang agak sejuk akan juga mempengaruhi suhu air sungai sekaligus mengurangkan keaktifan ikan. Oleh itu, sekali lagi, sesiapa yang masih juga casting, memang dah gian sangat la tu..jika tidak pun memang tidak arif membaca keadaan air.
 ada api yang ditinggalkan oleh pemancing lain. So, jangan dibazirkan. Bakarlah apa yang boleh dibakar..hehehe
Untuk itu, acara terbaik adalah pancingan dasar mengkhusus kepada spesis pilihan.Jangan pandang remeh dengan teknik ini, sebelum wujudnya arena casting, arena pancingan dasar mendominasi aktiviti sebahagian besar pemancing lama..kalau tak caya, sila tanya KOB. Oleh kerana, sekarang adalah musim gelama, pancingan dasar menjerat gelama lebih diutamakan. Sekurang kurangnya, ada juga lah dibawa pulang untuk makan malam keluarga nanti.
Gelama dan ketam yang diperbaringkan di atas bara.
Kehadiran kami agak lewat di lokasi dan air telahpun mula surut. Setengah jam kemudian, kederasan air melampau lampau berbanding apa yang dicatatkan di dalam carta pasang surut air.Ini bukannya salah baca carta ni...ini disebabkan oleh kapasiti air hujan yang terlalu tinggi, mengalahkan kapasiti air laut yang memasuki muara sungai.Walau bagaimanapun, dah tiba di lokasi, pancingan tetap diteruskan, dengan harapan, apa saja yang naik.
Ikan todak juga tidak terkecuali dari menjadi mangsa bara api. Perhatikan tukang bakar, macam budak vietnam yang lepas dari rumah merah.
Apapun, beberapa ekor gelama berjaya ditewaskan. Keadaan air surut deras memang tidak mengizinkan, lalu kami mengambil keputusan untuk pulang sahaja.Dalam perjalanan pulang, kami singgah untuk menduga kawasan hulu disamping menghabiskan saki baki umpan udang hidup. Pancing tetap dilabuhkan dengan seribu harapan.
view discretion is advised..Ketam terpaksa ditekan dengan kayu untuk mengelakkannya melarikan diri dari api..memang agak ganas.
Namun, api yang ditinggalkan oleh pemancing lain agak sayang jika dibiarkan padam begitu sahaja. Oleh itu, hasil tangkapan mula dilabuhkan satu persatu di atas bara api..dan..tu diaaa!!!.fresh n smelly...Memang sedap dan manis ikan bakar ooooo.
Ketam yang tewas dalam perjuangan. Apabila dibuka cengkerangnya, pergghh!!isi padat wooo..manis lagi tu..tak sedar diri abang bucuk membelasahnya.
Acara begini memang jarang diperolehi di mana-mana. Ianya berlaku secara spontan dan pastinya diiringi oleh hilai ketawa.oleh itu, ianya pasti akan di ulangi di masa hadapan. Sila rancang lagi ye Kandul.
 Ketam yang sudah masak dan sedia untuk dibelasah oleh Kandul dan Abang Bucuk
Setiap aktiviti yang diadakan, biarlah berfaedah dan menyeronokkan. Sekurang-kurangya, boleh lah kita lari sebentar dari masalah dunia.Apapun kaedah dan teknik, pancing hanya satu, iaitu di antara pemancing dengan ikan.Tanpa ikan, tiada lah pemancing..dan.tanpa pemancing..populasi ikan akan bertambah setiap masa..hehehehe...salam ikhlas dari lempayun

Layan Gelama Mantabawan

Seminggu sebelum cuti sekolah, kedengaran gelama sedang galak bermain di muara sungai. Oleh itu, Lempayun, Kandul, Shapiee, Bobbih @ abang bucuk dan Naib bant memenuhi masa terluang dengan melayan tarikkan gelama di Mantabawan. Sesekali layan bottom pun bagus juga sebagai mengenang nostalgia asal usul ilmu pemancinganku.Sebagai pemancing versatilles, kita perlu mencuba semua teknik pancingan sebagai tambahan ilmu agar kita dapat menghayati hobi ini sebenar-benarnya.Aku percaya, sebaik-baiknya semua orang pernah dan perlu bermula dengan pancingan asas ini.
Tekun menanti sentapan sang Gelama.
Bulan mac adalah saat Gelama mula memasuki sistem muara untuk menetaskan telur.Oleh itu, gelama akan mudah ditemui di muara-muara sungai seperti Muara Sungai Papar, Muara sungai Membakut dan Muara sungai Binsulok atau mantabawan.Saat itu adalah tika yang terbaik untuk beriadah sambil memancing bersama rakan-rakan mahupun keluarga.Ikan pun mesra pancing dan amat sesuai untuk sessi pembelajaran kepada pemancing baru.

Spesis yang dicari. Isinya tawar tetapi empuk.


 Spesis ini walaupun bukan jenis yang kuat melawan ketika hook up, tetapi jika dilayan dengan set memancing ringan, keseronokkan pasti akan terasa. Apatah lagi, ikan ini jenis berkumpulan dan ketika frenzy, boleh lenguh tangan melayannya.Aksi taruk makan, taruk makan pasti menyebabkan suasana riuh rendah..

senyuman Bobbih aka Abang Bucuk yang menyejukkan jiwa dikala resah...dah berulang kali telefon tu asyik berdering.Nasihatku, ambiklah masa untuk didik orang rumah agar faham dengan hobi nih. Lagipun, lebih baik pancing ikan dari pancing awek lain ye.

Di samping itu, walaupun isi ikan ini tawar, namun isinya tetap lembut dan empuk. Jika kena masakannya, perrgghhh!!!..licin 2 pinggan bro!Ikan ini boleh dipersembahkan dalam banyak cara bergantung kepada kreativiti orang rumah anda.Yang penting, ia mestilah segar bugar..baru ada umpphhh!!!

Kandul juga tidak ketinggalan dengan gelamanya.Katanya lagi, untuk haji mudin di rumah..sedap di rebus fresh dan juga digoreng.Sememangnya memenuhi selera orang tua ku.

Najib Bant dengan Buntal yang dilepaskan kembali ke habitatnya.Ni kalau di Tokyo ni, pasti dilepaskan di dalam pinggan
 





































































Kadang-kadang Buntal juga mencelah sessi pancingan..memang sah sama saiz dengan pemancingnya. Seperkara yang patut dipuji adalah, Buntal ini dilepaskan kembali hidup-hidup ke habitat asalnya. Ia berhak untuk hidup dan menjadi sebahagian daripada food chain habitat muara ini.DI mohon kepada para pemancing, janganlah dibiarkan ia mati kering.

 Najul dengan anak ikan Tanda yang dilepaskan kembali..Tunggu besar, kau datang lagi ye.
Seperkara lagi, aku lebih suka untuk sama ada menggoreng ikan ini ataupun menjemurnya kering sehari..lepastu kena dengan nasi goreng belacan..ini kali lahhh!!Sememangnya spesis ini tidak boleh dipandang remeh akan kelazatannya. Cuma, kalau mahu menikmati ikan ini, kena pancing dasar lah ye bro..setakat ini aku tak pernah dengar lagi Gelama menyambar gewang..hehehe
   
Sebahagian hasil pancingan di awal sessi..seronok dilayan dan yang paling best, boleh dijadikan hidangan makan malam untuk seisi keluarga ..Tak lah pulang rumah dengan tangan kosong ye bro..hehehe..pancing pancing juga, tapi kalau dah selalu sangat pulang rumah tangan kosong, tak best lah pula ye..ada yang singgah pasar nanti nih!..heheehe..salam ikhlas dari Lempayun

Isnin, 27 Februari 2012

Gaban yang gagal bertukar!

Acara casting Jalak berlangsung dengan penuh meriah dikalangan TL Junior. Acara yang dilangsungkan di tempat biasa disertai oleh Najul, Bobbih, Najip Bant, Bagin dan aku lempayun. Syarat telah ditetapkan iaitu, pemancing yang kumpau tahap Gaban atau gagal mendaratkan sebarang spesis Snake Head dalam masa yang telah ditetapkan, akan memakai topeng Gaban dalam perjalanan pulang ke rumah.hehehehe Seperti biasa, kami telah berada di lokasi kira-kira pukul 6:40 am. Kami sepatutnya datang lebih awal, malangnya ahli-ahli komplot terlajak bangun, kami tiba agak lewat sedikit.
Gaban Biru bernombor 2 memegang hasil tangkapan Gaban lain yang telah berjaya bertukar kepada manusia
Suasana agak sejuk dan nyaman ketika kami mula melontar umpan masing-masing. Teknik baling tarik katak menjadi pilihan kali ini. Pilihan ini dibuat berdasarkan makanan semulajadi para snake head di habitat ini. Di awal pagi lagi, hanya selepas 4 kali lontaran, katak ku disambar padu namun perlawanan hanya berlangsung sekejap sahaja apabila Jalak berjaya meloloskan diri. Selepas itu, sambutan dari para snake head agak dingin.
Cuba untuk menukarkan diri di hadapan rumah Lempayun..malangnya masih gagal!
Kira-kira pukul 8:30 am, Bagin menyelamatkan diri daripada terus menjadi Gaban apabila berjaya mendaratkan seekor Jalak. Kelegaan itu diiringi oleh jeritan gembiranya. Kira-kira pukul 9:20 am, Najul strike kaw-kaw dan kelihatan mengheret Jalak ke tebing dengan agresif. Serta merta lagu tema Gaban dikumandangkan olehnya. Tidak lama kemudian, Lempayun berjaya mendapat satu strike berhampiran tebing dan tanpa sebarang masalah, seekor lagi Jalak berjaya ditewaskan.
Bertukar dalam masa 0.03 saat!gagal lagiii!
Kini hanya tinggal Najip Bant dan Bobbih yang masih kekal menjadi Gaban. Tekanan demi tekanan diberikan kepada mereka. Lontaran umpan semakin digiatkan ke serata penjuru lubuk. Sebelum masa tamat, kedua-duanya mendapat 2 kali strike yang rabut sekaligus mengesahkan 2 ekor Gaban akan menaiki 
motorsikal pulang ke rumah sambil menyanyikan lagu tema Gaban..wakasau-wakasau Penangga....heheheh

Rabu, 25 Januari 2012

Muara Bongawan - TLjr bersama Otai.

Isnin 12.01.2012: hari ni terima SMS yang otai ajak turun di muara. Trip kami bermula kira-kira jam 3.05pm. setelah selesai memasukkan kelengkapan kedalam bot, kami memulakan trip dengan aksi menunda dari jeti kemuara.


Belum sampai 40meter aksi tundaan dimulakan sudah ada sambaran yang disangka selungsung rupanya bulan-bulan 2.65 kg.


asyik kami cast tiba-tiba otai bersuara "kawan-kawan... minta maap kawan ahhhh..." hehe.... senyum saja kami dibuatnya. Perhhhhhhhhhh..



Ungah 665g

sekali lagi "kawan-kawan... minta maap kawan ahhhh..." hehe strike lg brooo...

ungah 655g

Gaya masing-masing bro...

Duta-duta TLjr...hehe...
Aksi-aksi sebelum menamatkan trip.... Jan jareeee...ahhhhh...

Oleh : NajulTLjr

Khamis, 19 Januari 2012

Salam ikhlas dari Lempayun

Sekalung tahniah kepada teamlempayun junior@TL jr atas kejayaan aksi di Mantabawan. Berbekalkan peralatan serba sedarhana dan ilmu yang masih banyak perlu dipelajari, beberapa ekor spesis muara berjaya ditawan. Kejayaan mendaratkan Selungsung liar adalah sesuatu yang amat dibanggakan sebagai seorang pemancing.Semoga TL jr yang terdiri dari Shafie, Najul, Kandul dan Yunus akan terus beraksi dengan gemilang. Nasihatku, timbalah ilmu sebanyaknya tanpa jemu. Seperkara lagi, gempur Mantabawan adalah satu post yang menarik.Teruskan lagi dengan cerita yang lebih menarik. Salam dari Lempayun.

Isnin, 2 Januari 2012

Edisi khas - Gempur Mantabawan

Salam perkenalan dari kami.

Kandul dan bobby.
Yunus bersama kerapunya tapi tidak dapat dipastikan kerapu atau yunus yang sedang senyum.keduanya hampir serupa.

setelah tiada yang berminat dengan umpan hidup, Kandul mencuba kaedah casting dan inilah selungsung pertamanya yang membuatkan si kawan tersenyum lebar hingga ke telinga.

capten untuk edisi ini Shafie.
Aksi pertama kali turun bersama lesen pertama serta gewang berharga RM3.50 yang dibeli di kedai c rambo..hehehe... kelam-kabut c kandul berlari bila melihat c kawan strike...

Larian yang tidak sia-sia, rupanya pemangsa sudah menunggu lama kehadiran gewangnya. Hanya selepas 2 kali lontaran, gewangnya terus disambar.. riang gembira kandul dibuatnya....hehehe
Ada lagi gambardan cerita menarik yang ingin dikongsikan, sehingga kita berjumpa lagi dipost yang akan datang.Ikhlas dari Najul Teamlempayun junior aka TL jr