Isnin, 27 Februari 2012

Gaban yang gagal bertukar!

Acara casting Jalak berlangsung dengan penuh meriah dikalangan TL Junior. Acara yang dilangsungkan di tempat biasa disertai oleh Najul, Bobbih, Najip Bant, Bagin dan aku lempayun. Syarat telah ditetapkan iaitu, pemancing yang kumpau tahap Gaban atau gagal mendaratkan sebarang spesis Snake Head dalam masa yang telah ditetapkan, akan memakai topeng Gaban dalam perjalanan pulang ke rumah.hehehehe Seperti biasa, kami telah berada di lokasi kira-kira pukul 6:40 am. Kami sepatutnya datang lebih awal, malangnya ahli-ahli komplot terlajak bangun, kami tiba agak lewat sedikit.
Gaban Biru bernombor 2 memegang hasil tangkapan Gaban lain yang telah berjaya bertukar kepada manusia
Suasana agak sejuk dan nyaman ketika kami mula melontar umpan masing-masing. Teknik baling tarik katak menjadi pilihan kali ini. Pilihan ini dibuat berdasarkan makanan semulajadi para snake head di habitat ini. Di awal pagi lagi, hanya selepas 4 kali lontaran, katak ku disambar padu namun perlawanan hanya berlangsung sekejap sahaja apabila Jalak berjaya meloloskan diri. Selepas itu, sambutan dari para snake head agak dingin.
Cuba untuk menukarkan diri di hadapan rumah Lempayun..malangnya masih gagal!
Kira-kira pukul 8:30 am, Bagin menyelamatkan diri daripada terus menjadi Gaban apabila berjaya mendaratkan seekor Jalak. Kelegaan itu diiringi oleh jeritan gembiranya. Kira-kira pukul 9:20 am, Najul strike kaw-kaw dan kelihatan mengheret Jalak ke tebing dengan agresif. Serta merta lagu tema Gaban dikumandangkan olehnya. Tidak lama kemudian, Lempayun berjaya mendapat satu strike berhampiran tebing dan tanpa sebarang masalah, seekor lagi Jalak berjaya ditewaskan.
Bertukar dalam masa 0.03 saat!gagal lagiii!
Kini hanya tinggal Najip Bant dan Bobbih yang masih kekal menjadi Gaban. Tekanan demi tekanan diberikan kepada mereka. Lontaran umpan semakin digiatkan ke serata penjuru lubuk. Sebelum masa tamat, kedua-duanya mendapat 2 kali strike yang rabut sekaligus mengesahkan 2 ekor Gaban akan menaiki 
motorsikal pulang ke rumah sambil menyanyikan lagu tema Gaban..wakasau-wakasau Penangga....heheheh

4 ulasan:

  1. "Hujan bawa air mata ku..... Yang mengalir membasuh luka ku.. Agar dia tahu ku terseksa Tanpa cinta dia di hatiku".... nda BARKAT lagu UMbak Rindu tuuu.....

    BalasPadam
  2. hahahaha..hati mau bersih ooooo

    BalasPadam
  3. hahaha~ siuk eh trip ni. like this entry tangahnyaaaa~

    BalasPadam
  4. hehehe... Jom nikmati keunikan di pulau Banding..

    Layari: http://jomterokai.blogspot.com/

    BalasPadam