Rabu, 23 April 2014

RIANG RIA KILLAR ANGLERS TEAM Pt 1

18/04/2014, Good Friday yang lepas, aku berkesempatan untuk beraksi di laut dalam setelah agak lama merehatkan kekili dan joran. Tarikh yang dipilih, awal lagi menimbulkan kesangsian terhadap kejayaan trip memandangkan keadaan bulan yang agak besar ketika itu. Namun, ianya bukan lah penghalang untuk aku tidak menyertai trip ini, kerana undangan memancing dari team ini sudah cukup mengembirakan. Apatah lagi dari rakan otai aku iaitu Dr Juslee yang nampak begitu bersemangat di kala usia yang semakin meningkat..hehehehe..tanpa sedar dah semakin tua kita ni.
Kapal pancing bernama Nedjira menjadi rumah kami di laut selama 3 hari 2 malam. Kapal ini dikemudikan oleh Jiboy, salah seorang tekong berpengalaman Kota Kinabalu…kalau mau book..ada nombor phone di hujung tuuuu…hehehehe..harga pun berpatutan.
Team pemancing yang menggelar kumpulan mereka sebagai Killar Anglers sebenarnya agak baru ditubuhkan iaitu pada 8 Dec 2013, namun semangat dan keinginan yang ditunjukkan amat mengujakan dan telah mengembalikan nostalgia ketika aku berada di usia mereka. Diketuai oleh Demian George@Dani yang juga seorang bakal pengantin popular, mereka begitu aktif memancing di banyak lokasi tak mengira spesis termasuklah ikan Karuk!..hehehe..Jangan marah ya Mian..hehehe
Siap ada jersi lagi..ni belakang yang sasa (lebar..hehehe) adalah milik si Demian yang montok..hehehe. Seekor spider sentiasa melekat di belakangnya. Lepas kahwin nanti, spider akan bertukar menjadi obor-obor…jika gagal maintain berat..hahaha..Beliau juga lah yang membuat design logo team ini…kenapa Killar???hehehehe..Jersi saya mana?..dapat jersi aku bayar (diskaun)..hahahaha

Aku tiba di Pasar Safma Kota Kinabalu kira-kira jam 6.30 am. Tanpa berlengah, adik menurunkan aku di pintu Safma dan bergegas masuk untuk membeli umpan. Seperti diduga, umpan kegemaran iaitu Basung/selayang langsung tidak kelihatan di atas meja penjaja. Alamak!!..peratus keyakinan menurun sebanyak 10 %. Umpan ini boleh dikatakan sebagai umpan utama untuk semua spesis ikan yang menghuni dasar laut.
Otai Killar Anglers Team, Dr. Juslee pencetus ilmu memancing team ini. Umur aja yang dah meningkat, tetapi penampilan wajah sentiasa muda remaja..botox kah ni bro?.hehehehe..
Setelah berulangkali mengelilingi meja para penjaja..memang sah Basung tiada di pasaran!..alahai..memang perkara ini dijangka berlaku ketika bulan terang dimana kumpulan Basung tidak akan bermain di permukaan laut. Walaupun begitu, lambakan sotong segar dengan harga yang murah dijual boleh menjadi pilihan kedua…apa lagi..beli sotong berkilo-kilo!ini pun boleh laaa daripada tiada.
Dari kiri: Bonte, Ben, Lempayun, Dr. Juslee dan Alex (Orange T shirt). Duduk dengan gaya ayu di depan adalah  Demian sebagai ketua Darjah.

Kira-kira pukul 9.30 am, aku dan Killar Anglers Team bertolak menuju ke takat 360 dengan menggunakan khidmat Kapal bernama Nedjira yang dikemudi oleh Jiboy. Berdasarkan maklumat dari tekong kapal, trip sebelum ini agak kumpau di Takat Karang-Karangan kerana ketiadaan arus. Oleh itu, tidak salah untuk menduga lokasi lain dengan harapan, keadaan dasar laut takat 360 yang berbukit bukau boleh memberi alternatif penemuan kelompok kawanan ikan dalam ketiadaan arus. Walaupun tiada arus, jika umpan diturunkan ngam-ngam di dapur rumah ikan sudah pasti akan bersambut.
Meninggalkan jeti Kota Kinabalu. Cantiknya cuaca!

Kami tiba di lokasi pertama pada pukul 3.30 pm. Laut agak tenang dengan cuaca yang amat cerah. Hati berbunga-bunga dengan keadaan cuaca yang begitu mesra pemancing. Peralatan memancing segera disiapkan dan umpan pertama diturunkan di lubuk yang berkedalaman hanya 58 m. Serta merta penghuni lubuk yang terdiri dari Pisang-pisang, Kerapu, Pepasir, Ketambak dan lain-lain lagi memberikan respon positif. Seronok juga dilayan walaupun mereka hanya ikan bersaiz kecil. 
'Kopi pun tak tumpah'..Teduhnya lautan dan cantiknya cuaca….Keadaan yang amat santai begini wajar dinikmati kerana laut tidak selalu tenang. 

Suasana yang agak meriah cepat berakhir dan kami berpindah ke lubuk seterusnya. Keadaan air yang tidak berarus benar-benar mematikan selera ikan untuk mematuk. Bot berpindah lagi ketika matahari mula menutup tirai. Kami masih lagi berfikiran positif dengan harapan ikan akan lebih aktif ketika malam apabila spotlight dan lampu kapal mula memancar, sudah tentu anak-anak ikan dan sotong datang mengerumuni kapal. Kumpulan spesis-spesis umpan ini tentu akan mengundang pemangsa bagak yang berada di persekitaran…bersedialah!
Aksi pertama Dr.. Juslee…..lesen Kerapu saja!
Labuhan kekal di kedalaman  hampir 70 m mendapat sambutan yang agak sedarhana. Umpan sotong yang diturunkan agak kurang dijamah. Namun begitu sessi pancingan diteruskan juga sehingga larut malam. Sesekali sang Kerapu menyebokkan diri di hujung pancing. 
Ni 'Pok' ikan bagak. Sotong seekor yang diturunkan ke dasar untuk menjerat pemangsa bagak. Saiz begini sememangnya cantik untuk di bawa pulang rumah jika tidak laku di dasar laut.hahahaha..jangan membazir bah Bro!!
Suasana pancingan yang agak suram dengan strike menyebabkan mata mulai berat. Akhirnya, seorang demi seorang ahli Killar Anglers menghilang diri ke dalam kabin akibat keletihan setelah mengharungi perjalanan jauh siang tadi. Walaupun ikan kurang mematuk, namun keadaan laut yang teduh, tenang sebenarnya melegakan serta merehatkan minda dan fizikal. 
Acara makan malam yang disediakan oleh pembantu tekong. Apa sahaja menu, jika perut dah lapar, ditengah laut pulak tu..pasti akan dibelasah..dalam hal ini, Demian juga masih menjuarai carta makan!hahahaha!!!
Ini lah yang dikatakan pancingan santai dan enjoy. Apatah lagi kerenah ahli Killar Anglers yang begitu ceria di atas kapal. Penuh dengan gelak ketawa dan selalunya, ketawa si Demian juga yang sering memecah keheningan malam di tengah lautan..hahahaha! 
Ikan juara seberat 3.90 kg menyambar umpan sotong tanpa ragu. Kekesalan tak terhingga begitu terasa.."kenapalah tiada Jackpot Rm 10 yaa..macam tau-tau saja budak-budak tu aku ni bakal juara!"..hahaha..bukan aku cakap tu yaaa..

Aku yang hanya dapat melelapkan mata buat seketika kembali menyambung aksi pancingan ketika malam menghampiri siang. Saat-saat keemasan begini memang tidak boleh dilepaskan kerana ikan amat galak mennyambar umpan ketika ini.hehehehe..ada struggle juga laaa bro!! Alamak bersambung lah pulaaaaakk!!..hehehe…







Tiada ulasan:

Catat Ulasan