Awal pagi sabtu, ikan bersaiz kecil agak rancak
mematuk umpan. Kehadiran mereka tetap dilayan dengan kata-kata.."baik ada daripada
tiada"..hehehe..di pasar, "walaupun kecil tetap ditimbang juga!"hehehe.
|
tengah sibuk menyediakan perambut |
Kira-kira sejam selepas itu, Nedjira mula
bergerak ke takat yang lebih dalam dengan harapan untuk menemui Kerisi Bali/Ibu
Kerisi yang lebih suka berada di kedalaman 80 m ke atas. Kira-kira 2 jam
selepas itu, kami tiba di lokasi berkedalaman 105 m. Berebut-rebut umpan
diturunkan oleh 8 orang pemancing ke dasar laut.
|
tekong dan lempayun sahaja yang bertuah kerana strike Kerisi Bali..saiz ni seekor sahaja yang menampakkan diri..yang lain pegi mana?? |
Namun kesemuanya menerima nasib yang serupa,sunyi tanpa
sambutan. Laut sebegini luas pun, sunyi tanpa penghuni. Beberapa ketika kemudian, kapal mula berpindah dari satu lubuk ke
satu lubuk dan hanya 2 ekor Kerisi Bali yang berjaya didaratkan oleh tekong dan saya
sendiri.
|
senja melabuh tirai menunjukkan indahnya ciptaan Allah. Bila la lagi mau dapat suasana ini. |
Petang itu juga tekong mengambil keputusan untuk
berlabuh di lubuk berkedalaman hanya 30 lebih meter…aikkk!!ceteknya. Kedalaman ini biasanya berdekatan dengan daratan..oooo..rupanya
sebuah gunung lautan dan kami berlabuh di puncak gunung. Kami tiba dilubuk ini ketika hari sudah mulai senja. Ketika ini, Demian juga yang sibuk dengan kameranya.
|
Emperor/Landok/Lausu pembuka tirai pancingan malam. Kelam kabut mamat ni melayannya. Bont, kalau kau layan dengan set ringan ni, memang mantap dan tak menyesal. Larian pedas ni. |
Apabila malam menjelma dan bulan masih belum muncul, sotong-sotong ibarat 'walker' kelaparan mulai
berkeliaran di bawah bot…perghhhhh!!!umpan segar ni bro. Tanpa berlengah, candat
diturunkan dan sotong menyerah diri seekor demi seekor.
|
Gelaran pertama sebagai RAJA SOTONG (tidak berhenti asyik melayan sotong bersaiz besar) |
Sotong yang berjaya dicandat oleh Dr juslee
segera ku cangkuk pada matakail Owner bersaiz 5 dengan mengaplikasi teknik jaul
dengan menggunakan sendakau/tanduk handmade yang dihubungkan terus dengan perambut Maxima sepanjang 8
kaki.
|
Raja Sotong masih asyik memujuk sotong..sedangkan pemancing lain asyik melayan pemangsa-pemangsa bagak! |
|
Frenzy nya sotong ni. 2 ekor sekaligus berebut satu candat. Jika 100 kali begini, mau penuh tong sinaran 100 liter ni |
|
Cupih yang cantik dan bertuah |
Tidak sampai 5 minit, umpan sotong hidup segera
disambar. Joran Expert Graphite membongkok ganas dengan jeritan drag yang sangat nyaring. Joran
segera dicapai dan pemangsa dilayan dengan penuh nikmat. Tidak berapa lama
kemudian, seekor Cupih yang cantik menyerah diri ke pangkuan.
|
Juga terjerat oleh sotong hidup |
Aksi seterusnya menyaksikan beberapa ekor lagi spesis bernilai seperti landok serta
spesis lain berjaya kami daratkan. Suasana yang sangat meriah ini berterusan
sambil melayan sotong yang begitu ‘gatal’ mengejar umpan dan candat!!
|
Serupa tapi tak sama.hehehe..Ikan Uji Rashid juga yang menyerah kepada Demian. |
|
Seekor lagi Cupih berjaya didaratkan. Kenapa semua ikan-ikan comel ni asyik menyerah diri kepada bakal pengantin ni?Sapa-sapa boleh jelaskan?? |
|
Landok/emperor/Lausu..and more to come..hehehehe |
Aksi larian tidak boleh kontrol, braided putus bergesel
dengan badan kapal, pancing yang sangkut di dasar, Titir/Alu-alu yang bermaharaja
lela mencukai matakail dan batu ladong, sotong yang naik bersilih ganti
benar-benar menyerikan malam Killar Anglers team..terutamanya si Damian
tu…hahahaha..tidak kering gusi!!ketawa besar memecah kesunyian malam menjadi
trademarknya..hahahaha..bersambung lagi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan