08/02/2014
Trip menduga Ungah sungai Kimanis bersama Zukhairi dan Shafiee berakhir dengan
pesta strike besar-besaran Selungsung+Bedukang=Selungkang..hehehehehe
Trip diadakan pada waktu petang selepas sekolah ganti. Tanpa diketahui lebih awal, keadaan air agak sejuk dan keruh berpunca dari hujan yang turun melanda kawasan sebelah hulu.
Gigih bermain gewang dan hanya berlaku satu sambaran yang rabut |
Strike berlaku ketika trolling menuju ke muara sungai. Sambaran agak kuat dan mengejutkan. Bunyi drag kekili amat nyaring dan joran melentur hebat…Pergghhhhh!! |
Ini lah tu spesis yang menyambar gewang!! |
Dan ini sambaran kedua yang juga menyebabkan adrenalin mengalir kencang!..hehehe..bikin suspen saja!. |
Dengan itu, gelaran King of Selungkang yang selama ini dipegang oleh Juan dianugerahkan kepada rakan kita..Caster Zukahiri..biasa lah tu bro, mula-mula memang layan spesis ni sahaja..tapi, lama-kelamaan spesis berkualiti pasti akan bersilih ganti menjadi mangsa mu. Dengan syarat..jangan JARA!Jangan marah ye bro!!!hehehe lebih baik dari sorang tu yang langsung tidak strike hook up!!hehehe..sekian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan