Isnin, 17 Februari 2014

KAKAR punca kandas di Muara

15/02/2014 (Sabtu) 
Amaran angin kencang oleh jabatan kaji cuaca kurang diendahkan kerana pengaruh light jigging yang semakin hangat sekarang. Aku bergerak secara solo berbekalkan 2 set light jigging dan 1 set trolling bertolak kira-kira pukul 6.30 am dari Jeti. Keadaan cuaca agak cerah namun kecerahan tersebut bertukar mendung apabila tiba ke muara sungai.


Mayassin berbaju putih,Storm Rider (Ahmad) berbaju hijau dan Akob yang sedang duduk memerhatikan keadaan muara sungai yang agak bergelora
3 buah bot sedang berhenti di tepi sungai sambil memerhatikan keadaan muara sungai yang berombak kuat.
keadaan berombak ini berpunca dari kekuatan angin selatan yang bertiup petang dan malam kelmarin.
Keadaan muara yang berombak ini diburukkan lagi dengan air turun surut yang amat deras. Perbezaan pasang dan surut ketika bulan kecil amat besar menyebabkan aliran air amat deras. Pertemuan air surut yang deras ini dengan arus dari lautan menyebabkan ombak besar dipermukaan dan arus laju di dasar. Keadaan ini disebut sebagai 'KAKAR' dan amat merbahaya kepada bot-bot kecil.

masih sabar menanti air pasang dengan harapan air menyongsong pasang boleh memperlahankan air yang sedang surut laju. Jadi, ia akan menenangkan muara sungai serta memudahkan bot melepasi muara.
Bertambah lagi seorang pemancing iaitu Karim. Beliau juga merasa ragu untuk melepasi muara. Apapun, safety first.
Kira-kira pukul 8:30, keadaan muara bertambah buruk. Kami mengambil keputusan untuk kembali ke jeti. Namun, bot terpaksa ditunda berhampiran tebing memandangkan keadaan air sungai yang deras tidak mengizinkan penggunaan enjin dan perahu.
Dalam apa jua keadaan, keselamatan diutamakan. Tak memancing hari ini, esok lusa masih ada..hehehe..frankly..memang frust juga laa..hehehe



Tiada ulasan:

Catat Ulasan