Jumaat, 6 April 2012

GABAN kembali!!!!


Ahad 01-April 2012, kemeriahan menjalak kembali lagi bersama TLjr. Trip kali ini disertai oleh ahli baru yang semangat beroperasi menjejak katak ditengah malam iaitu Wan diiringi geng-geng seperti biasa kandul, shafie, Bent, bajin, najul serta diketuai sendiri oleh Lempayun.  Cuaca pagi ini agak nyaman maklumlah hujan turun pada awal pagi yang mengakibatkan sang mentari agak lewat menyinar. Keriuhan pagi ini dimulakan dengan kandul dan wan berganti-ganti menerima sambaran tetapi tiada seekor pun mangsa yang dapat ditewaskan. Penggunaan mata pancing yang tidak sesuai sememangnya memberi impak yang ketara kepada mereka namun kesedaran dan tindakan segera menukar mata pancing sememangnya membuahkan hasil apabila kandul Berjaya strike dengan mendaratkan seekor jalak yang melayakkannya daripada tidak terus bertukar menjadi Gaban. Pertukaran kedua pula giliran Bro Lempayun yang  juga berjaya menjinakkan seekor jalak dan memberi lebih tekanan kepada hero-hero gaban yang belum Berjaya bertukar. Memanggggg sandiiii bossss……
kira-kira jam 8.40 detik yang ditunggu-tunggu apabila wan Berjaya mendapat straike dan terus Berjaya bertukar dari terus menjadi gaban setelah Berjaya menewaskan seekor jalak… Tahniah Wan.





Senyuman seindah suria ba niiiiiii…. Heheheee.. kalau sudah strike bila dikarau hingga ampus tapi jalaknya tidak sampai-sampai.... apa tidaknya kalau member yang mengajar terlupa supaya memberitahu yang drag perlu diketatkan.. patut tah inda sampai-sampai jalak cite tu kawan…. apapun tahniah Bro…

Selepas wan giliran bajin pula mendapat sambaran dan Berjaya menjinakkan pemangsanya serta bertukar diiringi dengan tawanya yang agak besar… memang temberang gaban satu ni….hahahahaaa… dan nampaknya tekanan bertambah-tambah kepada hero-hero gaban kita ni. Apa lagi bila terdengar sayup-sayup lagu gaban dinyanyikan…. Fuhhhhhh…. Membari karas mua bossss… apa lagi shafie yang mengalami masalah yang umpannya agak cepat rosak dari kebiasaan. Katanya “mentalku down sudah ni” dan beliau agak kerap juga berpindah mencari iktiar strikenya. Tapi kalau sudah rezeki memang tidak kemana, bermula sambaran oleh bro lempayun namun tidak Berjaya menewaskan pemangsa diganti oleh najul ditempat yang sama dan juga disambar “memang marah c kawan tu” namun mata kail saja naik apabila pemangsa yang yang sedang marah Berjaya memuntahkannya kembali lalu aksi disambung oleh shafie ditempat yang sama dengan beberapa lontaran sang jalak yang nyata sedang marah menyambar umpannya, mengangkat tangan beliau bila saja jalaknya Berjaya dinaikkan.. BERTUKARRRR….


Hasil di tunjukkan oleh hero gaban yang gagal bertukar untuk hari ini. Gaban baju hitam topi merah yang lambat menyertai trip yang hanya tiba selewat jam 8.40.



HAAAAAAAA….. ini dia  orangnya…. RENEW lesen untuk minggu ini!!!!!! jangan silap…… bukan lessen ikan tapi lessen GABAN… TAHNIAH brooo…  Karas mua Citeeeeee……? Jan jareeee..


Trip kami ditamatkan pada jam 10.00 memandangkan hari yang semakin panas dan umpan pun dah habis. Kepada Gaban-gaban yang gagal bertukar.... BELUM REZEKI KAMU KALI ARRRR..... hehe

Selesai dilokasi rupanya ada aktiviti yang tidak dirancang menanti.

apabila tiba dirumah bro lempayun, Pokok kelapa disebelah rumahnya pula menjadi mangsa kami beramai-ramai. Memandangkan cuaca semakin panas dan tekak pun terasa kering bila kena air kelapa memang nyaman bosss…… perhhhHHH

Memang orang harapan TLjr… Bermakna senyumanmu tu Bent….haha

Sampai disini saja untuk kali ini, Salam dari kami Hero-hero gaban….

Ikhlas dari najul.

2 ulasan:

  1. bakat menulis sudah semakin nampak..nda lama lagi, boleh menulis untuk majalah sudah ni..cerita pun menarik dengan ulasan2 sekali.kalau boleh, cerita dapat difahami oleh setiap pembaca di Malaysia.tahniah!dan tahniah utk aku kerana belum pernah menjadi gaban!hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. trma kasih bang.. tp mun bab msk majalah tu mo tnggu jd otai mcm kita dulu tu... hehe... pasal gaban tu yang mahalnya "kalau sapa nyuruh aku makai topeng... ketulahan" mcm terancam hari tu tp mmg otai jua lah... pasti ada saja mangsa olehnya....

      Padam