Selasa, 3 April 2012

aksi protege Kandul di bagang

Ahad dua minggu yang lepas, trip bagang bersama Ali dan protege Kandul berlangsung dalam keadaan laut yang agak teduh.Muara sungai Bongawan memang amat mesra perahu ketika itu dan dengan mudah kami dapat melepasi muara sebelum matahari terbit.Seperti biasa, destinasi pertama adalah bagang-bagang untuk mendapatkan umpan bilis.Malangnya, hampir setiap bagang yang disinggahi langsung tiada umpan bilis.Hati mulai risau..
Kerisi yang bersaiz sedap, di Pasar boleh mencapai harga RM 8 ni sekilo.Jika masih baru dan fresh, amat sedap jika digoreng

Kami kembali ke bagang bawah dengan strategi membeli hasil pendapatan bagang sama ada ikan ataupun sotong. Strategi ini berhasil apabila ada satu bagang mengeluarkan sotong dari persembunyian dengan harga RM 5.pergghhh!!!hati memang lega. Dapatlah kami meneruskan aktiviti pancingan.
Kerapu table size yang menyambar umpan kepala sotong. Main Kerapu ni kena labuh pancing betul-betul di tiang bagang.Drag perlu dikunci ketat dan sentiasa awasi joran agar tak menjadi tukun angkara Kerapu bagak!
Labuhan disetiap bagang memang kurang sambutan..Hanya Kerisi dan ikan pisang taris menjadi penghibur.Walaubagaimanapun, pancingan tetap diteruskan dengan berlakunya perpindahan lokasi apabila ikan mula kurang memberi sambutan.
Ini disebut sebagai Belais Melintang nih!..Bro Tay teamlempayun arif benar dengan spesis nih..hehehe
menghampiri tengahari, laut mula agak berkocak. Ketika itu, ikan Kurisi bersaiz bagak mulai ligat mematuk umpan.Walaupun kecil, namun tetap seronok jika dilayan dengan set pancingan ringan.sesekali, spesis-spesis lain mencelah. Diantaranya adalah, Gerunggung, Kapas, Kirung-kirung, Titir, Kerapu dan lain-lain.
Ikan Pisang Taris..kalau tak silap ikan remong..apapun nama, ikan tetap ikan..bawa balik..goreng pun sedap!
Walaupun sedikit, namun spesis-spesis ini tetap memberi hiburan.Sesekali berlaku sentapan kuat, tetapi rabut dan ada yang putus..biasalah bro..apollo saiz 12 ni, kena pandai layan betul-betul.
Memberi makan ikan di laut ini amat jarang dilakukan..hehehe..warna putih dan kuning berselang-seli meluncur keluar dari mulut..hehehehe..tengok laut tu..teduh wooooo
Kira-kira pukul 12.30 pm, kami mengakhiri trip kerana laut mulai bergelora dengan keadaan yang semakin panas. enang hati protege apabila bot dipacu pulang ke muara sungai selepas puas memuntahkan isi perut ke laut..hehehehe..jangan jareee..salam ikhlas dari Lempayun

2 ulasan:

  1. Paling tah dimalaskan mauk tu. patang mata rasanya. hehe. jan jaree kandul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kane kelitik usus ku..bro..hehe pengalaman yg membuatku rindu bagang..

      Padam