Isnin, 27 Oktober 2014

Jalak belakang sekolah

Setelah beberapa tahun tidak pernah dilawati, permukaan kolam sudah pun dipenuhi oleh tumbuhan akuatik. Tumbuhan akuatik yang amat subur bagaimanapun masih meninggalkan sekurang-kurangnya 15 peratus permukaan lapang. Fuhh..syukurlah. Masih ada sedikit ruang untuk bermain katak palsu.
Saiz yang agak kecil dan pemarah meluru deras dari bawah daun teratai.
Kira-kira pukul 9:00 am, kami dah pun terpacak di tepi kolam, Dalam sessi ini, kami disertai oleh cikgu Joel..muka baru dalam arena hanyir pancingan Jalak. Memandangkan aku hanya membawa satu set casting, kami terpaksa bergilir-gilir  menghantar katak ke setiap penjuru kolam.
Telan habis broo!!..nampak sangat ganasnya!
Sambutan pada mulanya agak dingin. Kemungkinan para pemangsa di dasar kolam sudah pun kekenyangan. Kami sebenarnya terlepas waktu sarapan mereka. Kolam ini juga amat kaya dengan sumber makanan mereka. Jelas kelihatan anak-anak ikan seluang dan sepat bergerak dalam kumpulan besar. Tentulah kenyang broo..
Ada bakat..kejap saja sudah pandai..hehehe..sayang belum ada strike.
Walaupun begitu, katak palsu tetap dihantar juga dengan harapan dapat mengundang kemarahan yang empunya lubuk. Sahih! tidak lama kemudian Juan strike padu seekor Jalak. Walaupun kecil, namun daya juangnya amat tinggi.
hehehe..aku tengah duduk berteduh di bawah pokok. Ular ini melintas disebelahku dalam jarak 3 kaki saja. Apalagi, aku spontan melompat terkejut..ular ni juga terkejut melompat ke hala yang lain.hehehe..sama-sama terkejut bro.syukur!
Tidak lama kemudian, aku menghantar katak ke semak di tepi kolam. Tidak semena-mena seekor pemangsa bertindak nekad menyerbu katak palsu yang masih tergantung di atas lalang yang menjulur keluar di atas permukaan kolam. Nampak jelas lembaga hitam yang panjang menyerbu keluar dari permukaan air. Sayang..rabut la pulak!.Pergghhh..memang agresif gilerr!!
bab yang paling penting adalah..pelajaran 'catch and release'!jika berjaya dijiwai..memang lulus penuh!hehehe
Aksi seterusnya menyaksikan letupan padu di permukaan air menyebabkan katak palsu yang sedang dikarau oleh Juan terpelanting jauh.hehehe..macam toy saja dibuatnya. Kelam-kabut mamat ni strike!..hehehe..jelasnya, kolam ini masih lagi menyimpan khazanah bernilai dalam arena casting. Seperkara lagi, kolam ini amat sesuai untuk dijadikan kelas pembelajaran kaedah casting kepada para protege!..Cikgu Joel..cuba lagi.hehehe

Khamis, 25 September 2014

Tamat kursus ikatan: edisi Nano

Bengkel ikatan yang diadakan oleh teamlempayun khusus untuk 'kaki' baru. Ikatan tali sulam ke perambut memang amat penting dalam arena ini. Kepentingan perambut/shockleader memang tidak dinafikan. Ianya bertindak sebagai penyerap sentapan ikan yang paling bagus disebabkan oleh sifat perambut yang mempunyai memori.
tekun memahiri ikatan Juan
Kelebihan perambut adalah ia mempunyai memori regangan berbanding tali sulam yang langsung tiada memori. Jika gewang disambung terus tanpa sebarang perambut, kemungkinan untuk tali putus adalah sangat tinggi. Mana la tau jika terlupa untuk melonggarkan drag kekili.hehehe
Instruktor terlatih dalam bengkel ikatan ini..kononnya.hehehe
Ada banyak jenis ikatan yang boleh digunakan. Ikatan penyambung yang terbaik adalah PR bobbin knot yang diyakini mempunyai kekuatan 100%. Masalahnya, ikatan ini perlukan alat bobbin yang dijual agak mahal di pasaran. Selain itu, masa yang agak lama juga diperlukan untuk mengikat. Seperkara lagi, ikatan ini memakan banyak inci braided bro..hehehe..sayang ooo..
Penyampaian sijil tamat kursus
Ikatan FG walau hanya mempunyai 80% kekuatan, namun berdaya harap setelah terbukti menaikkan banyak spesis bagak dan diluar jangka.Ianya agak mudah dilakukan dan cepat disiapkan. Saya lebih suka menggunakan Improved FG knot yang agak simple. Walaupun pada mulanya agak sukar dikuasai, namun setelah memahiri ikatan ini, pejam mata pun boleh..hehehe.
Ikatan Juan juga boleh diharap kerana telah terbukti berjaya menewaskan Selungsung 10.5 kg. Ikatan ini lebih simple dan lebih cepat disiapkan. Saya percaya ikatan ini sesuai untuk beginner walaupun Juan sampai kini masih mengaplikasi ikatan ini dalam setiap trip casting.
Ikatan Albright kurang sesuai untuk kaedah casting memandangkan bonjolan simpulan tali akan menjadi halangan ketika tali sulam melalui guide. Malahan malapetaka boleh terjadi apabila hanya gewang terbang tanpa tali.hehehe. Hujung joran pun pernah patah bro gara-gara ikatan albright ni.hehehe..sekian.

Selasa, 23 September 2014

RACUN TAHAP GABAN: EPISOD NANO

23.09.14(selasa): Kira-kira pukul 3:30 pm, Nano tiba di pekan Bengawan. Kami menanti di hadapan klinik Bengawan memandangkan ini adalah kali pertama kehadiran beliau ke Muara Bengawan. 15 minit kemudian, bot mula bergerak keluar dari garaj. Air cantik berwarna seperti bulu monyet bakau tidak menjanjikan sebarang strike ketika air sungai turun agak laju.

Lubuk 'Short Cut' mempunyai reputasi hebat dihuni oleh Ungah dan Selungsung Bagak. Namun, kelibat  spesis-spesis ini tidak pula muncul…dimana agaknya mereka ye?
Kami terus ke lubuk 'short cut' sebagai aksi perkenalan Nano dengan penghuni sungai Bengawan. Nangnak masih menjadi pilihan kami dalam trip ini. Hampir 15 minit menghantar Nangnak ke setiap sudut sungai, sambaran yang diidamkan belum kunjung tiba. Oleh itu, kami mula bergerak jauh memasuki zon muara.
Kalau la ada mesin masa Doraemon, ingin kami kembali ke lubuk ini dalam tahun 60an, pasti bangkar ini menjadi banglo Ungah-Ungah bagak
Apabila kami tiba di lubuk simpang, air sungai yang sedang bergerak surut mulai perlahan. Keadaan arus perlahan ini membenarkan penggunaan Nangnak seberat 7 gram di spot bangkar. Sauh segera dilabuh, Nangnak mula dihantar ke bangkar separuh tenggelam. Tidak lama menanti, strike rabut berlaku beberapa kali. Kami bersasar ke lubuk sebelah apabila berlaku hamburan pemangsa ditebing sungai. Cepat!siapa cepat dia strike…hehehe
Tuah orang baru. Nangnaknya pula menjadi pilihan Ungah samseng ini sekaligus menjadi lesen Ungah di muara Bengawan. Tahniah bro!
Berebut-rebut Nangnak menuju sasaran zon hamburan pemangsa yang telah dikenal pasti. Tanpa disangka, Nangnak Nano yang dihantar selamba diterkam sesuatu. Beliau agak panik dan seolah-olah kehilangan idea apabila pemangsa mula melarikan Nangnak miliknya.hehehe..mujurlah ada para penasihat di buritan dan ceruk bot. Akhirnya, seekor Ungah juvenile menjadi lesen muara Bengawan. Memang bikin panas oo..hehehe..kalau dah rezeki, selamba pun boleh strike.
Kerapu penyelamat kumpau..fuuhhhh..nasib baik bro.
Tanpa menunggu lama, kami mula menghantar Nangnak dengan lebih giat ke setiap ceruk lubuk. Seolah-olah mendengar keluhanku, strike kuat berlaku betul-betul berhampiran bangkar. Ooopppsss!!aku bertahan dan membiarkan round Cq dan rod nemesis melakukan kerja selebihnya. Akhirnya, seekor Kerapu berjaya menyelamatkan aku dari status kumpau!.hehehe..fuhhh...
Penyelamat yang dinanti akhirnya tiba. Jika tidak, boleh calar reputasi ni.hehehe..thank u Kerapu!
Tidak sampai seminit, Shafie pula strike. Strike dari Kerapu sungai ini juga telah menjadi penyelamat kepada maruahnya.hehehe. Setelah agak sunyi tanpa sebarang strike, kami berpindah masuk ke dalam sungai Nyamuk. Air sungai ketika itu mulai bergerak pasang. Jelas kedengaran aktiviti pemangsa menghambur anak-anak Kembura dan udang di permukaan air. Letupan-letupan di permukaan air menyuntik sedikit semangat agar Nangnak terus dihantar dengan lebih giat.
Racun bagak menyebabkan tangan mengeletar.hehehe..amacam bro?best atau tidak apabila dilayan dengan set mengilat ringan?..lupa pula mau ditimbang Ungah ni bro..sori yaa..hehehe
Hanya beberapa kali Nangnak dihantar ke bangkar tenggelam, tiba-tiba Nangnak Shafie diterkam ganas. Memang jelas kelibat seekor samseng berwarna merah anggaran lebih sekilo menyergah Nangnaknya. Namun, sergahan yang tidak solid menyebabkan Ungah mudah melepaskan diri..hehehe..pahit muka brooo!!Kami keluar dari sungai Nyamuk dan memulakan aksi trolling untuk menamatkan sisa-sisa trip ini. Ketika bot dipacu amat perlahan melintasi lubuk Kayu V, kekili Nano menjerit nyaring menandakan gewang Rapala shad rap yang aku pinjamkan dilarikan sesuatu.
Pemandangan yang indah tidak mudah dilepaskan begitu saja. Nikmati dengan penuh kesyukuran.
Beliau hanya mampu bertahan sambil kekili terus menjerit dan jorannya membongkok ke tahap maksimum. Kami hanya mampu berdoa ketika itu. Kalau dah rezeki, memang tidak ke mana bro. Aku segera mengundurkan bot mengikut arah larian pemangsa sambil Nano mengarau tali masuk. Ketika itu, pemangsa membuat beberapa kali junaman maut. Mujurlah kekili dan rod berada dalam keadaan baik. Tidak lama kemudian, seekor Ungah bagak berjaya didaratkan. Tahniah bro..satu pengenalan yang bagus di sungai Bengawan. Ungah bagak pertama kah ni bro?hehehe..ok bro..mari pulang. hari pun mulai gelap. Kami sampai di garaj bot kira-kira pukul 6:33 pm. Gelap ooo..tapi dalam gelap masih jelas nampak tangan Nano yang belum hilang karan ungah bagak. Mengeletar bro..hehehehe. Salam ikhlas dari Lempayun

Isnin, 22 September 2014

NANGNAK FINALE: KELEBIHAN DAN KEKURANGAN

Kelebihan dan kekurangan
Oleh kerana Nangnak kalis sangkut, penggunaannya di kawasan reba banat, bangkar, jerumun, batu, struktur tenggelam adalah lebih menyakinkan dan memberi kebebasan kepada anda untuk bereksperimen. Jika anda menggunakan gewang(treble hook), pasti ia tidak akan dapat memasuki kawasan reba begini. Jika mahu juga, bersedialah dengan penyelamat gewang. Dalam usaha anda menyelamatkan gewang menggunakan penyelamat gewang, pasti anda telah mengganggu ketenteraman lubuk. Ketika anda menurunkan timah pemberat yang cuba menangkap gewang, penghuni lubuk telah pun bertempiaran lari. Siapa yang rugi?
koyak di bahagian kepala akibat sentapan yang terlalu ganas
Nangnak juga mewakili Udang hidup yang dianggap sebagai raja umpan untuk pancingan muara sungai. Hampir semua spesis ikan menggemari umpan udang hidup. Oleh itu, persembahan yang betul oleh Nangnak, boleh memberi keputusan hampir sama dengan penggunaan udang Hidup. Walaupun harganya mahal untuk seekor udang (udang pasar sekilo harga rm 15- rm30 sekilo, Sekilo tu ada banyak bilangan udang), namun ia mampu memberi pulangan lebih dari harga yang telah dibayar. Saya pernah memperolehi 4 ekor Ungah dan 1 ekor Selungsung dalam satu sessi pancingan selama 2 jam dengan hanya menggunakan SEEKOR SAHAJA Nangnak…agak-agak jika semua tangkapan ini dijual, berapa laa jumlah wang yang saya akan perolehi??
Koyak teruk dibahagian mulut Nangnak. Namun masih boleh dibaiki dengan menggunakan gam gajah
Nangnak yang diperbuat daripada getah tidak berupaya bertahan dari ketajaman gigi beberapa jenis pemangsa muara seperti Alu-alu/Titir. Apabila Nangnak sudah koyak teruk ataupun terputus dua, tiada harapan ia untuk dipulihkan. Matakail single yang dipasang dibadannya juga bukan dari jenis yang kukuh. Jika bertemu dengan pemangsa bagak dan brutal, ia juga akan mudah terbuka.

Ada juga yang cair bro.hehehe..ni bukan Nangnak lagi ni, zombie ada ni. Akibat terjemur matahari secara berterusan, ianya cair. Oh ya, ni Nangnak murahan dari jenama ehem..ehem..

Selain itu, jika Nangnak dibiarkan terdedah terus kepada cahaya matahari dalam sessi pancingan seharian, ia akan memudarkan warna malahan struktur fizikalnya juga akan berubah dari bentuk asal. Jika ini berlaku, kecacatan Nangnak akan menjejaskan renangannya. Selamat ber'Nangnak'..ikhlas dari Lempayun

Ahad, 21 September 2014

FAMILY LUNCH WEEKEND

Tengahari hujung minggu merupakan saat ideal untuk anda dan keluarga  menikmati juadah hasil dari tangkapan sendiri. Selain mengeratkan hubungan kekeluargaan, anda juga akan rasa dihargai apabila hasil hobi anda menjadi pilihan juadah hujung minggu. Selain itu, orang rumah anda juga berpeluang untuk meningkatkan kemahiran memasak ikan bernilai ini. Beruntung para isteri yang mempunyai suami berhobikan aktiviti hanyir ini.hehehe
Siakap putih(Selungsung) dan siakap merah(Ungah) yang ditangkap.sendiri di habitat liar. Rasa yang lebih sedap, segar dan lazat serta tekstur isi yang lebih lembut amat berbeza dengan siakap kolam.untung jadi pemancing ni bro.hehehe
Kedua-dua ekor ikan ini adalah warga sungai Bengawan dan sungai Mandahan. Kedua-dua sungai ini amat dekat dengan kediaman. Sungai Mandahan masih menyimpan stok Ungah yang banyak dan menjadi tumpuan pemancing apabila keadaan sungai mengizinkan. Peluang untuk mendaratkan Ungah di sungai Mandahan lebih cerah walau dengan hanya landbase casting..apatah lagi jika menggunakan bot.
ready untuk steam tanpa perencah yang dijual di pasaran. Rasa lebih lazat dengan resepi sendiri.
Selain itu, Sungai Binsulok/Mantabawan, sungai Membakut, sungai Kimanis dan sungai Benoni juga adalah habitat untuk spesis lutjanidae ini. Bagi saya, sungai-sungai ini adalah 'sangkar ikan' yang sentiasa menyediakan ikan-ikan segar.hehehe..kena rajin laaa bro!
Maksud 'Table size' yang sebenarnya. Siap untuk dijamah..hehehehe..agak-agak berapa la charge untuk hidangan ini di restoran Oceanfood KK, atau Gayang dan Salut di Sulaman sana?
Ada seekor lagi dalam peti ais..Kerapu Sungai yang baru saja ditangkap. Akan datang..mungkin goreng saja bro. Kalau rajin sikit, boleh masak 3 rasa ni.hehehe.. Ikan, kalau sudah disimpan lama dalam peti ais, memang akan hilang kesegarannya. Suhu sejuk akan membekukan kandungan air dalam badannya dan menjejaskan struktur isi ikan. Akhir kata, memang hobi ini tidak merugikan cuma pesan saya, jangan la gila memancing sampai lupa anak dan isteri dirumah. Bahagi masa dengan bijak..jika tidak, silap-silap 6 bulan makan nasi kedai oooOO!hehehehe..salam ikhlas Lempayun


Sabtu, 20 September 2014

Kerapu awal Pagi

Seorang Nelayan yang baru pulang dari menyediakan ra'as lawa-lawanya, petang itu mengkahabarkan bahawa seekor Selungsung bagak anggaran saiz 5 k tiba-tiba menghambur keluar dari permukaan sungai berhampiran lubuk simpang, kami mula memasang angan-angan untuk bersua dengan Selungsung bagak itu.

Strike Kerapu berlaku apabila Nangnak menceroboh masuk ke dalam sarangnya
19:09/14: Awal subuh jumaat, aku dan Shafie mengulang di lubuk yang sama. Arus sungai ketika itu turun agak perlahan. Apalagi, lubuk simpang dihujani oleh serangan Nangnak yang bertalu-talu. Segenap sudut dan ceruk sungai menajadi sasaran Nangnak, tetapi strike tetap hampeh.
berjaya membalas jaringan dan menyamakan kedudukan 1:1..hehehehe..ni pun hampir-hampir mau pulang sudah ni.
Ketika arus sungai mula bergerak agak laju, baru lah sambaran berlaku. Sayangnya, bukan idaman hati yang terjerat, hanya Kerapu sungai pengubat duka.hehehehe..ikan tetap ikan dan kedua-dua ikan ini sesuai untuk dihidang di atas meja. Pukul 8:40 am, kami berdua segera kembali ke jeti. Mau masak steam tengahari ni bro..hehehe.salam ikhlas dari Lempayun