Jumaat, 8 Ogos 2014

STRIKE KERAPU BUNGA MUARA BUNDU

Joran Lemax Pokta 6lb-12lb,5'6''2pcs
Kekili Shimano Aernos 3000
Braided powerpro 30lb
Perambut fluorocarbon DAM 30lb
Gewang Surecatch Tiger
Ikan Kerapu Bunga
Lokasi: Muara Bundu, Kuala Penyu
Tarikh:03/08/2014
Hari: Ahad
Masa: 10:00 am
Air pasang kepada 1.1m
Kaedah: Tundaan perlahan
Jarak tundaan: 20m
Bot sewa Azlan, Kg. Kitang

Khamis, 7 Ogos 2014

KARAN UNGAH PERTAMA

04/08/2014(ISNIN):Pemancing yang baru berjinak-jinak dengan gewang dan umpan palsu yang lain akhirnya menamatkan kebuntuan setelah berjaya mendaratkan seekor Ungah seberat hampir sekilogram di halaman sendiri. Usaha beliau sebelum ini telah gagal dalam beberapa kali percubaan. Namun, sifat beliau yang tidak pernah mengenal putus asa dan ketabahan dalam menghadapi cercaan/usikan seharian akhirnya berbaloi.
Ungah ini menyerbu keluar dari jerumun bangkar tebing sungai setelah terpedaya dengan gelekan umpan palsu beliau. Kekili menjerit nyaring apabila Ungah melakukan pecutan pertamanya..perghhhhhh…hantam bro!!
Pengalaman pertama strike Ungah menyebabkan beliau agak kelam kabut semasa mengawal larian Ungah. Sambaran Ungah secara mengejut adalah sesuatu yang baru dalam arena pancingannya. Kelihatan jelas kedua belah tangan agak mengeletar akibat terkena karan strike Ungah.hehehe..rasakan!
SEKITAR MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL ATAS KEJAYAAN BELIAU.
Pengacara majlis yang selamba( En.Juan aka Lontoi) sedang berbincang berkenaan perjalanan majlis dan acara sambutan penuh di lubuk jambatan keretapi dalam masa terdekat
sijil disampaikan oleh Presiden Bungalapang/Cina Ke laut (En. Suhaibun Kadir)
Ceria dan terharu selepas majlis penyampaian sijil
Closed up sijil..hehehehe..tahniah bro!
Semoga keracunan casting semakin menular ke dalam segenap salur darah mu bro!bahhh..atur bot mu bro!di harap, Ungah-ungah akan sentiasa bersusun menanti kehadiran mu di segenap lubuk.

Rabu, 6 Ogos 2014

TANGGULIAN REVISITED pt 2:Lubuk Kepala Kapal penyelamat dunia

Kira-kira pukul 2:00 pm, kami memulakan sessi pancingan di dalam sistem sungai Tanggulian. Kami mengulangi lubuk-lubuk yang telah dijarah dalam sessi pancingan pagi untuk mengetahui sama ada ikan telah kembali mendiami lubuk ketika air pasang. Kami berhenti di setiap lubuk tanpa menurunkan sauh dan hanya berdayung menghampiri setiap lubuk. Pergerakkan senyap ini boleh mengelakkan kehadiran kami dikesan oleh ikan.
lubuk yang cantik dan dalam serta teduh dari terik matahari memberi keseronokkan ketika beraksi
Kami mula bergerak semakin ke hulu mengikut keadaan air naik pasang yang juga membantu pergerakan bot. Bot digerakkan sepenuhnya dengan menggunakan pendayung. Kami mula menyerang setiap ceruk sungai dengan udang Getah. Udang-udang getah ini digilirkan perkhidmatan mereka untuk melihat jenama mana yang lebih berkesan. Persamaan adalah, semuanya hanya seberat 12 gram.

Ungah yang menyerbu keluar dari bangkar semata-mata untuk mendapatkan udang getah ini. Jelas kedengaran bunyi teriakkan kekili yang amat nyaring ketika ia melarikan diri
Tiba di sebuah spot, udang getah Juan disentap sesuatu yang agak kasar. Permainan kasar lawan kasar memang menjadi pilihan dalam sessi ini. Kejayan diharapkan sepenuhnya ke atas joran dan kekili. Oleh itu, joran dan kekili perlu berada dalam keadaan tip-top agar tidak dikhianati oleh peralatan sendiri. Joran diangkat tinggi utntuk mencuri jarak larian pemangsa sambil itu siku dan lengan digunakan sebagai anchor dengan membiarkan joran bertindak seperti absorber.

Senyuman angkuh setelah berjaya menamatkan zaman kumpau. Kerapu ini telah menghilangkan kemurungan sejak awal pagi tadi.hehehehe. Apa saja spesis asal jangan kumpau.
Tidak lama kemudian, seekor Ungah berjaya didaratkan. Kejayaan tersebut menambahkan semangat kami untuk terus menggiatkan lontaran udang getah. Tanpa disedari, kami semakin bergerak jauh ke hulu sungai yang semakin sempit dan dipenuhi oleh struktur kayu tumbang. Sepanjang pengalaman kami, lokasi berselirat dengan struktur kayu pastinya menjadi syurga pelbagai spesis seperti Kerapu dan Ungah.

Ungah juvenile yang turut sama berkongsi habitat di struktur kapal karam
Jangkaan awal kami ternyata meleset dan hanya lenguh bahu dan lengan menceritakan betapa gersangnya setiap spot yang dilawati. Tanpa membuang masa, kami segera keluar dari sistem Sungai Tanggulian dan meneruskan sessi pancingan di sungai utama yang lebih luas. Sambil itu, kami melakukan tundaan perlahan disepanjang sungai dengan menggunakan gewang selaman dalam.

Lubuk kepala kapal yang telah menamatkan era kumpau pemancing muda. Dibawah permukaan air, sebuah kapal tunda yang besar sedang baring memberikan rumah kepada pelbagai spesis ikan
Acara tundaan tanpa sebarang strike mendorong kami bergerak ke sebuah spot menarik iaitu kapal tenggelam berhampiran tebing sungai. Lokasi yang pernah saya kunjungi beberapa tahun lepas memang sesuai untuk diduga dengan udang getah. Tiba dilokasi, air masih bergerak pasang perlahan dan sauh diturunkan untuk mengekalkan kedudukan bot agar sentiasa berhadapan dengan lubuk.

Lagi spesis Ungah yang mendiami lubuk kepala kapal.
Jika dahulu, banyak gewang kesayangan menjadi korban telah ditukunkan oleh struktur kapal tenggelam ini, kali ini buku bertemu ruas apabila udang getah yang memang kalis sangkut akan menjarah setiap inci struktur kapal ini. Hehehehe..ni kali laaa kau Kerapu dan Ungah!

Titir yang berminat dengan gewang ofmer ketika ditunda berhampiran muara sungai Kuala Penyu
Arus yang bergerak perlahan membolehkan kami menggunakan udang getah bersaiz 12 gram. Drag kekili diketatkan semaksima mungkin. Kekuatan drag dan joran diharapkan sepenuhnya jika terserempak dengan pemangsa bagak. Biar patah joran, biar kekili barai..asal..jangan sangkut.hehehehe
Ong semakin datang
Kami tidak perlu menunggu lama apabila berlaku strike rabut dalam beberapa kali lontaran. Lontaran seterusnya bersambut dengan pemangsa tegar melarikan tali ke dalam struktur kapal. Persediaan rapi dan pertahanan kemas membantu kejayaan mendaratkan pemangsa. Selesai pertarungan, adalah satu kewajiban untuk memeriksa keadaan perambut fluorocarbon. Jika perambut mengalami calar, luka ataupun melecet, ia wajib ditukar untuk mengelakkan berputih mata.

Udang getah masak steam telah membuka selera Kerapu ini. Tenaga yang kuat dan benaman padu Kerapu ini memang sukar dilupakan. Kerapu ini dianggap bagak untuk joran yang hanya berkekuatan 4lb-10lb apatah lagi dihabitatnya yang penuh dengan struktur.
Saya yang menggunakan udang getah bersaiz lebih besar hanya membiarkan ia tenggelam ke dalam struktur kapal dan mengarau kekili secara perlahan sejurus ia menyentuh dasar. Hanya berapa kali karauan, udang getah saya diterkam padu. Drag kekili yang memang sedia diketatkan membantu menahan larian pemangsa. Namun, beban tersebut dialihkan kepada joran Okuma Nemesis saya yang hanya berkekuatan 4lb-10lb. Nampak sangat penderitaan joran saya yang melengkung tersengguk-sengguk menahan junaman pemangsa. Biar patah janji strike!

tumpang gambar ni bro..hehehehe
Sesekali pemangsa seolah-olah berjaya menyelinap ke dalam struktur tenggelam. Namun, ia berjaya saya keluarkan dengan melakukan sedikit angkatan dalam keadaan joran sentiasa berada dalam posisi mendatar 180 degree. Strategi kasar lawan kasar ini akhirnya membuahkan hasil apabila seekor Kerapu bagak yang cantik menjadi trofi sessi pancingan ini.

closed up beberapa ekor Kerapu yang menjadi mangsa udang getah
Sessi selepas itu telah menyaksikan beberapa ekor Kerapu dan Ungah berjaya diperdayakan dengan menggunakan udang getah. Struktur kapal tenggelam ini benar-benar memberikan hiburan kepada kami dimana kami telah memberikan ruang masa yang banyak hanya untuk aksi di lubuk ini sahaja. Setelah berada terlalu lama di lubuk kepala kapal, kami mula bergerak ke hilir sungai untuk acara tundaan gewang dengan harapan 'jackpot' spesis-spesis bagak dari laut seperti GT, Lingkuh dan Selungsung. Namun, sessi tundaan hanya menyaksikan seekor anak ikan lingkuh berminat dengan tundaan gewang. So, tak payah tunggu lah.
hasil sessi pancingan dalam trip ini boleh dikatakan agak sedarhana. Apa yang penting, malam ni boleh makan ikan Kerapu steam ooooooo…hehehehe
Jam menghampiri angka 5.30 pm apabila kami mengambil keputusan untuk mengakhiri trip ini. Kesimpulannya, sambutan penghuni lubuk sungai Tanggulian dan Sg Bundu tidaklah semeriah dahulu. Ada banyak faktor menyebabkan keadaan ini berlaku. Diantaranya adalah, aktiviti penangkapan ikan malampau tanpa kawalan seperti memukat, membubu, mengabat dan memancing tanpa had. Selain dari itu, sikap penggiat itu sendiri yang mengamalkan sikap ambil apa saja yang bernyawa telah menyumbang kepada kejatuhan mendadak stok ikan di kedua buah sistem sungai ini. Seperkara lagi, kami telah mendapat keputusan muktamad yang menunjukkan udang getah dari jenama mana paling effektif.hehehe…salam ikhlas dari Lempayun

TANGGULIAN REVISITED pt 1:Menyelongkar Lubuk

03/08/2014 (ahad): Kami telah mengadakan trip penutup minggu raya di lokasi yang pernah memberikan kegemilangan kepada teamlempayun satu ketika dulu. Spot ini juga pernah diterbitkan dalam majalah sebuah majalah berkaitan aktiviti pancingan. Memang ketika itu, sambutan penghuni lubuk amat galak.
Kemahiran berdayung yang sudah dimiliki sejak kecil lagi diturunkan oleh beliaunya yang berkongsi minat yang sama…sungai!
Kami tiba di lokasi iaitu jeti Kg Kitang, Kuala Penyu seawal jam 6:00 am. Keadaan air ketika itu mulai turun surut sehingga ia mati kira-kira pukul 9:00 am. Selepas itu, air akan bergerak pasang sehingga ke pukul 2:00 pm. Pergerakan perlahan air yang menyongsong pasang pastinya akan memberi peluang kepada aksi udang getah dari pelbagai jenama.

Strike pertama oleh anak Kerapu yang mendiami bangkar tenggelam berhampiran pondok Nelayan. Kami menggunakan udang getah seberat 12 gram ketika arus bergerak sangat perlahan.
Tanpa membuang masa, kami memecut bot sewa dengan kadar RM 50 seharian ke sungai Tanggulian yang berjiran dengan sungai Bundu. Air agak jernih dan suhu air pun tidak terlalu sejuk. Lontaran pertama udang getah 12 gram ke timbunan bangkar kayu serta merta bersambut. Selanjutnya, lontaran udang getah diperhebatkan ke bangkar banat tersebut..hasilnya..hanya anak-anak Kerapu.

gewang selaman sedarhana jenama Surecatch tidak disangka berjaya memperdaya Kerapu yang selalunya mendiami struktur kayu di dasar sungai. 
Kami bergerak ke hulu sungai sambil menduga setiap spot lubuk yang dipenuhi oleh bangkar kayu. Boleh dikatakan setiap lontaran udang getah tepat ke sasaran iaitu dicelah-celah kayu dan tebingan. Malangnya, tiada strike berlaku dan kebanyakan lubuk-lubuk tersebut sunyi sepi. Kemana la pergi penghuninya..

sifat udang getah yang dibiarkan tenggelam ke kawasan bangkar pastinya mengundang serbuan Kerapu. Drag kekili perlu ketat untuk tidak memberi ruang kepada Kerapu menyelinap ke dalam bangkar
Air mula bergerak pasang perlahan apabila kami semakin menghulu sungai. Semakin ke hulu, semakin banyak bangkar tenggelam. Hati berbunga-bunga dan berharap setiap bangkar ada penghuninya. Sayangnya, hanya spesis Kerapu sahaja yang mendiami bangkar. Kami mengambil keputusan untuk berpindah ke sungai Bundu dengan harapan penghuni di sana tidak lah kedekut seperti penghuni di SungaiTanggulian.

bekal yang dibawa dari rumah. Simple saja, tapi kalau dah kebulur..belasah sampai licin.
Dalam perjalanan ke sungai Bundu, kami melakukan tundaan gewang dengan mensasarkan apa saja spesis yang berminat..janji strike! Tundaan gewang selaman dalam dan sedarhana dilakukan secara amat perlahan menghampiri tebingan sungai. Drag kekili dilonggarkan sedikit dan gewang dilepaskan kira-kira 20 meter di belakang bot.

Suasana alam semulajadi disekeliling kami membantu menyedapkan juadah yang dibawa. Memang diakui, suasana persekitaran juga membantu meningkatkan selera makan.
Sejurus memasuki sistem muara sungai Bundu, gewang Juan ditekan hebat secara tiba-tiba. Dia segera mengetatkan drag kekili dan mula mengawal arah larian ikan yang jelas menuju ke bangkar tebing sungai. Tekanan demi tekanan ikan mudah diserap dengan joran Lemax Pokta berkekuatan 6lb-12lb. Tidak lama kemudian, seekor Kerapu cantik bersaiz besar berjaya didaratkan.
Khusyuk menjamu selera ketika angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.
Kami meneruskan tundaan tanpa sebarang strike oleh itu kami segera bertukar ke acara casting dengan mengekalkan teknik yang sama. Kaedah penggunaan udang getah sebaik-baiknya akan saya jelaskan dalam keluaran akan datang. Lazimnya, lubuk yang berpenghuni pastinya akan memberi sambutan terhadap setiap udang getah yang dihantar. Jika tiada sambutan, pastinya lubuk tersebut tidak berpenghuni. Boleh dikatakan bahawa udang getah sebagai fish detector untuk setiap lubuk yang dilawati.

Tension tanpa sebarang strike dalam sessi pagi. Memang risau apabila dikelubungi oleh aura kumpau dari awal pagi lagi. Mati la ni kali....tak apa. ada lagi sessi petang.
Hari mulai panas terik, perut sudah semakin berkeroncong sebagai isyarat kami sewajarnya beralih ke sessi menghabiskan bekal.hehehehe..Tanpa berlengah, kami bergerak ke pondok Nelayan yang disediakan di muara Sungai Tanggulian. Bekal yang dibawa dari rumah segera dikeluarkan..dan bon appetite!..Kami memutuskan masa rehat sehingga pukul 2:00 pm…artikel bersambung..hehehe


Rabu, 23 Julai 2014

JUAN BIG BARRA FLASHBACK


PENAMAT KEMARAU

23/07/14(RABU): setelah 4 kali turun casting tanpa sebarang hasil atau dalam laras bahasa slanga KUMPAU, akhirnya kemarau jaringan berjaya ditamatkan oleh seekor Ungah Bagak. 
Mengeletar seluruh badan setelah berhempas pulas bertarung dengan Ungah ini. Saiz bagak yang sasa dan berotot benar-benar memberi kepuasan karan disegenap saraf caster.Terubat sudah kerinduan..hehhe
Akibat terlalu lama kemarau strike sehingga menyebabkan lupa dengan feel strike Ungah..akibatnya adalah bencana..berlaku aksi kelam kabut…otai kunun!!
Hampir berputih mata! namun, memang dah rezeki.Ungah tidak berjaya melepaskan diri walaupun snap swivel sudah terbuka luas. 
Oh ya, lokasi adalah sungai Mandahan ketika air mulai turun surut. Hanya dalam 30 minit sahaja.
Nampaknya, aksi landbase casting juga menjanjikan sesuatu. Kalau tiada aral, petang ni mau lawat semula spot tersebut.hehehehe..bah mari..