Selasa, 8 Ogos 2017

Jigging Kapal feat Lingkungan Group Pt 1

05/08?2017 (sabtu): Seawal jam 4:15 aku bertolak ke Kampung Lingkungan Laut untuk jigging bersama “Lingkungan Group”. Trip yang sekian lama dinantikan ini menjadi kenyataan kerana hanya tarikh ini saja yang aku ada buat masa ini. Aku perlu bertolak awal kerana group ini akan bergerak seawal jam 5:30 am. Memang menjadi kebiasaan, aku lebih suka menunggu daripada ditunggu. Amat tidak manis untuk ditunggu memandangkan aku hanya sebagai jemputan. Risau pula akan diketepikan dalam trip akan datang.hehehe
Hari masih gelap ketika bot menyusuri sungai sempit menuju muara

Aku bertemu dangan Fadly di simpang masuk ke kampung Lingkungan Laut, rakan yang bertangungjawab memperkenalkan aku dengan group ini. Hari masih gelap apabila kami tiba di stesen yang mereka gelar sebagai Pangkalan. Aku tabik hormat dengan group ini kerana pergerakan mereka amat organise. 
Suasana subuh yang nyaman dan indah. Berkumpul di weston sebelum menuju ke laut

Tidak lama kemudian, ahli-ahli Lingkungan Group mulai tiba seorang demi seorang. Kesemuanya tidak membuang masa dengan segera memunggah peralatan masing-masing ke dalam bot. Trip ini akan menggunakan kaedah ‘jigging’ atau mengujun dan trolling (menunda) sepenuh masa. Acara 'bottom' tidak diberi perhatian dalam trip ini.
Tekong (bro Remi dan Fadly) dengan jersi yang bergaya

Kaedah jigging masih amat baru untuk group ini. Meskipun begitu, mereka semua amat bersemangat walaupun peralatan yang digunakan masih dalam proses percubaan (aku percaya, tidak lama lagi masing-masing akan upgrade). Namun begitu, setelah percubaan mengaplikasikan kaedah  jigging membuahkan hasil, kesemuanya amat yakin bahawa kaedah ini juga mampu memberikan keseronokkan memancing dan tangkapan yang memuaskan.
cuaca cantik dan permukaan laut yang tenang sentiasa menjadi idaman para pemancing
Para jigger dalam trip ini terdiri daripada Abg Remi, Fadly, Lempayun, Gayour, Zul, Rahman, Palan, Lagus, Gawis, Olan dan Awie. Kami menghilir sungai yang agak sempit sebelum berkumpul di muara sungai besar. Di muara ini, kesemua bot bertolak serentak menuju ke lokasi. Aku merasa amat teruja apabila melihat setiap ahli group memakai jersi Lingkungan Group.
Besi timbul yang akan diuji dasarnya dengan besi tenggelam. Ianya juga seolah-olah Pulau Timbul yang menjadi tempat para pemancing berteduh jika dilanda ribut.

Lokasi jigging adalah berhampiran kapal-kapal bersaiz mega yang telah berlabuh di teluk Padas sejak sekian lama. Malahan, ada yang telah berlabuh sejak 7 hingga 8 tahun yang lepas. Labuhan yang amat lama telah menjadikan kapal-kapal ini sebagai perumah kepada satu sistem ekologi marin. Bahagian kemudi dan propeller telah ditumbuhi oleh ‘kapang’, malahan ada yang dihinggapi oleh karang hidup. Perumah ini menjadi stesen yang amat subur dengan hidupan dan menjadi tarikan kepada anak-anak ikan. Kepada para jiggers, ada anak ikan, tentu ada ikan besar yang sedang mengendap!..hehehehe.
Mangsa pertama setelah rabut berhampiran kemudi kapal. Jigging menghimpit dinding kapal memang agak mendebarkan

Spesis yang menghuni dasar tepian kapal-kapal ini terdiri daripada ikan pelagik seperti Tenggiri, Lingkuh, travelly, Bekalang, Layaran, Titir dan bermacam-macam lagi. Manakala di dasar pula sudah tentu ikan Kerapu dan para ikan lutjanidae..paling istimewa Tambong bro!!!spesis idaman.
Bekalang lesen oleh tekong setelah jenuh berjigging sejak awal pagi.  Strike ini menyebabkannya tersenyum buat pertama kali.hehehe..

Sebelum jam 6:30 am, kami telahpun rancak jigging berhanyut menghimpit di sepanjang badan kapal. Kapal yang berlabuh memang mega dengan dinding besinya setinggi bangunan lebih 10 tingkat. Kelebihan aksi menghimpit badan kapal ini adalah, ia boleh dijadikan tempat berlindung dari tiupan angin kencang dan masih boleh berjigging. Terdapat lebih dari 20 buah kapal-kapal besar yang boleh menjadi pilihan kepada para jigger untuk mencuba nasib.
strike ke dua selang 10 minit juga ikan Bekalang mengesahkan 'keracunan jigging' kepada tekong.

Rajin berpindah spot akan memberi peluang yang tinggi kepada jigger untuk beroleh ‘strike’. Apatah lagi jika spot tersebut belum disentuh lagi..hehehe..buktinya, jig yang aku hulur tidak sempat sampai ke dasar apabila disambar oleh Bekalang. Selepas itu, berlaku beberapa kali strike yang rabut dan ‘missed call’ dari para penghuni sapal. Memang bikin panas!
Lesen Fadly yang menyebabkan lutut mengigil semahunya.hehehe. Lingkuh ini juga menjadi penyelamatnya dari status kumpau. Tahniah bro!..ada banyak lagi spesis yang berbaris menantikan kehadiran jig mu..hehehe

Sejujurnya, aku betul-betul tabik ‘spring’ dengan group ini yang telah menunjukkan semangat setiakawan yang tinggi seperti kerjasama, saling menjaga dan sentiasa memastikan keselamatan para ahli. Sikap 'concern' mereka ini bertambah mudah sejak group ini dilengkapi dengan alat ‘walki-talkie’. Melalui medium komunikasi ini, perkembangan terkini sessi jigging dan lokasi masing-masing dapat dikongsi bersama.
Jigging memang menyeronokkan. Hati sentiasa berdebar menantikan ikan apa yang akan strike nanti. Perghhhh..memang lain 'feel'nya.menggilakan!
Penggunaan alat 'walkie-talkie' memang amat berguna kerana jarak liputannya yang lebih luas berbanding telefon biasa. Apa sahaja kejadian yang berlaku sentiasa dikongsi oleh setiap ahli malahan, senda gurau menjadi rencah hiburan ketika gigih berjigging. Para ahli juga boleh sentiasa memantau pergerakkan dan keselamatan masing-masing.
Pangkalan yang menjadi pusat sehenti kepada setiap ahli Lingkungan Group. Dindingnya dihias dengan gambar-gambar yang menceritakan kejayaan setiap ahli ini. Ianya menjadi sejarah dan bukti sebagai tatapan kepada para pengunjung. Memang Terbaik!
Sepertimana di awal sessi, bergerak bersama dan kembali ke pangkalan pun pasti bersama. Ini dapat memastikan keselamatan setiap ahli dalam sesebuah trip sentiasa diambil berat. Tahniah kepada Lingkungan Group. Tuan-tuan memang TERBAIK!!!..jangan segan untuk ajak aku lagi dalam trip yang akan datang..hehehe.

'Strike of the day'. Pemilik sebenar 2 ekor ikan Tambong ini..hehehe..Tahniah bro Zul, strike ini memang 'rare' di siang hari.
Terimakasih banyak kepada Fadly dan rakan-rakan Lingkungan Group. Terus semarakan dunia menjigging anda dan semoga group ini akan terus menempa kejayaan demi kejayaan dalam arena ini. Aku mulai rasa rindu dengan suasana jigging menghimpit kapal.hehehe...saun saja bro.

Rabu, 2 Ogos 2017

Hikmah kegagalan sebuah trip aka Kumpau Berjemaah

28/07/17(jumaat): trip memancing yang dijangka bermula seawal jam 2 petang hanya bermula hampir pukul 5 petang. Ini disebabkan oleh masa yang amat banyak terbuang hanya untuk mengisi tangki bekalan air tawar. Kuala Penyu adalah sebuah pekan yang amat daif dari segi bekalan air tawar sejak dahulu lagi. Besar lagi air kencing bro!
Peh! semangat tu..Lama sangat tidak strike Kerisi Bali
Walaupun kapal pancing bergerak agak lewat, namun kami tetap positif memandangkan keadaan laut amat teduh dengan cuaca yang amat nyaman. Tidak sepertimana yang telah dilaporkan oleh jabatan metereologi yang mengatakan ramalan angin kencang berlaku sehingga hari jumaat.
Wajah-wajah yang penuh dengan harapan bakål bertembung dengan pemangsa-pemangsa bagak di Vernon Bank
Angin juga tidak kuat bertiup dan jauh di ufuk, permukaan laut lurus seperti benang. Memang cuaca dan keadaan laut sebegini menjanjikan saat-saat terbaik untuk sentapan ikan tanpa henti. Risiko untuk mabuk kepada para penancing juga dapat dihindari. Rasa tidak sabar untuk tiba ke lokasi Vernon Bank dan Laut Semarang. Rasanya, ikan di sana juga tidak sabar untuk bertemu dengan kami.
Senyuman pagi sabtu setelah semalaman bermain dengan Kerisi bagang.hehehe..Yang penting enjoy dan santai bersama rakan-rakan sekampung dan sepermainan
Kami agak gelisah apabila enjin mulai meragam sebelum melepasi muara sungai. Untuk seketika kedengaran ketukan-ketukan dari dalam bilik enjin, dan akhirnya kedengaran enjin berjaya dihidupkan semula. Perjalanan kapal diteruskan dengan kelajuan maksima sehingga 10 knot.

Rehat sambil menyaksikan rakan-rakan berjigging sementara menantikan ketibaan kapal 'towing'
Masa dalam perjalanan ini diisi dengan menyediakan peralatan pancing kerana, perjalanan ke Permatang Vernon akan mengambil masa lebih kurang 5 hingga 6 jam. Menurut kiraan jari, agaknya kami akan tiba kira-kira jam 9 atau 10 malam. Keadaan gelap pasti akan menyulitkan persediaan peralatan memancing. Sedia awal, malam karang tidak lah kelam kabut bro!
Mari belajar improved FG knot
Dalam trip ini, aku agak teruja kerana akan merasmikan kekili yang baru beberapa hari dibeli dari kedai pancing. Set untuk jigging juga disediakan bersama dengan set pancing dasar untuk malam. Siap sahaja, lepas ni boleh lah melelapkan mata. Tidur yang cukup boleh membantu untuk berjaga sepanjang malam memancing hingga ke subuh.
Motor sauh pula yang rosak..sudah jatuh ditimpa tangga lah pulak. Memang mantap dugaan kali ini
Ku sangka panas hingga ke petang, ketika kapal melepasi sedikit Pulau Tiga, asap berkepul-kepul keluar dari bilik enjin menyebabkan ia terhenti secara tiba-tiba. Tekong mendapati, 'belting' terputus dan menyebabkan enjin panas. Alahai, memang agak kecewa apabila Tekong memaklumkan kapal tidak dapat meneruskan perjalanan. Sauh segera diturunkan. Kami bermalam berhampiran Pulau Tiga menantikan bantuan 'towing' keesokkan harinya.
Penyelamat tiba
Aku hanya mengisi malam itu dengan tidur temata-mata. Keinginan untuk memancing juga berkubur disebabkan kapal berlabuh di kawasan pasir landai. Namun, ada juga rakan yang masih tegar memancing untuk mengubati gian masing-masing.hehehehe...sebelum matahari keluar, aku terjaga dari tidur yang nyenyak dibuai alun semalaman.
Di tunda kembali ke jeti Kuala Penyu
Masa yang diguna untuk menunggu kapal 'towing' diisi dengan aktiviti jigging dan memancing dasar ikan-ikan kerisi. Selain dari itu, kelas mengikat dan menyediakan assists hook juga diadakan. Kira-kira jam 10 lebih pagi, kami ditunda ke Kuala Penyu. Pukul 12:05 pm, kami tiba dan berkerjasama memunggah tong ais masing-masing yang amat ringan..hehehe..jangan serik bro. Pasti akan dicuba lagi.
Imam kapal yang selamat dari kumpulan Kumpau Berjemaah. Ebek bulat yang menyambar jig ketika kapal hanyut melepasi takat-takat berpasir
Selesai memunggah barang-barang ke dalam kenderaan masing-masing, kami mengisi perut yang sedang kebuluran di Sitompok Riverside sebelum bergerak pulang ke destinasi. Semoga bersama lagi di dalam trip yang akan datang.
Rumusan: Kami masih amat bersyukur kerana kapal mengalami kerosakkan berhampiran Pulau Tiga. Jika ditakdirkan ia rosak di Permatang Vernon, pasti hari isnin pagi, paskan polis, maritim dan penyelamat bergegas melakukan pencarian. Itu pun jika keadaan cuaca mengizinkan.

Rabu, 31 Mei 2017

FATE OF THE FURIOUS SHOALS

Setelah lebih 6 tahun menulis untuk majalah Sirip, artikel terbaru oleh Lempayun yang diterbitkan dalam majalah Sirip bil:188 juga berkisar tentang potensi laut Kuala Abai, Kota Belud.
Muka depan
Untuk mendapatkan cerita keseluruhan, silalah dapatkan di pasaran sekarang sementara stok masih ada. Ada banyak info yang boleh dikongsi bersama.
Rakan-rakan sepenulisan, ada yang sudah menyepi dan ada juga muka baru. Diharapkan, ramai lagi rakan-rakan dari Sabah mengikut jejak langkah untuk menulis dalam majalah Sirip dan lain-lain. Ada banyak lagi lokasi-lokasi yang belum diteroka sepenuhnya, terutamanya di sebelah Pantai Timur Sabah.
Selamat membaca bro dan selamat bersungkai. 31may 2017 (Rabu), 5:52 pm








Sabtu, 6 Mei 2017

CONGRATULATION Carl@Tay@teamlempayun

Teamlempayun mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Carl@Tay sempena perkahwinannya
Semoga kembali aktif dalam dunia pemancingan pada masa hadapan.
Juan@Lontoi, Tay dan Lempayun
Tahniah sekali lagi bro!



Isnin, 1 Mei 2017

Belajar improved FG knot

mula-mula memang susah, tetapi jika sudah tahu selok-belok laluan tali sulam dan perambut, langkah seterusnya adalah hanya perlu memahirkan pergerakan tangan dan  pegangan tali perambut
latihan berulangkali secara konsisten pasti akan dapat menguasai  improved FG knot dengan  sempurna dan pantas. Amacam tuan, boleh senyum sudah bah ni..hehehe