Khamis, 18 September 2014

KILLAR ANGLERS 2nd trip Pt 2: Episod malang

Kerajinan Jiboy berpindah lubuk mejadi pujian team ini. Apabila ikan mula kurang mematuk, sauh dinaikan dan kapal akan berpindah ke lubuk baru. Memang tindakan sebegini yang sepatutnya dilakukan oleh tekong dalam sesebuah trip memancing. Ketika itu, hampir semua lubuk yang disinggahi memberikan hasil kepada segelintir pemancing..seolah-olah bergilir mendaratkan ikan.
Hehehe..korbankan masa petang untuk charging mata buat persediaan final countdown malam nanti..hehehe..nyenyak tidur dengan dengkur yang menyaingi bunyi enjin kapal..hehehe..beliau hanya terjaga dalam perjalanan pulang.Nyesal charge mata awal.hehehe
Selepas makan tengahari, Nedijra berpindah lagi ke takat seterusnya berhampiran 'drilling rig' yang sedang giat beroperasi. Bunyi drill agak nyaring sehingga kami boleh mendengarnya. Sambutan masih agak hambar dari penghuni dasar. Labuhan sauh juga agak bermasalah apabila sauh kapal kurang melekat di dasar laut.


Agak malang apabila hose hidraulik winch bocor menyebabkan sauh tidak lagi boleh digunakan. Kami bernasib baik hose itu bocor ketika sauh yang ditarik naik hanya beberapa meter dari kepala Kapal. Jika sauh masih di dasar laut, pasti semua pemancing akan bergotong royong menarik tali sauh. Ummmmm, masih boleh pancing bha itu..cara berhanyut.Arus bukannya deras sangat...hehehe
Kapal dipindah lagi ngam-ngam di atas takat yang agak padat. Memang sahih di atas takat apabila batu ladung yang turun tidak terbenam ke dalam lumpur. Hanya kerapu sahaja yang melayan umpan kami. Apabila suasana kembali suram sesuram wajah Olan, Jiboy memberi isyarat agar pancing diangkat untuk perpindahan takat yang seterusnya.


Kedua-dua mamat seksi ni masih bengang dengan apa yang terjadi..hehehe..Nasib baik bukan Demian, kalau tak nampak la tatu Spider yang semakin bulat di belakangnya..hehehe
Ketika sauh yang ditarik naik menghampiri permukaan air, tidak semena-mena hose hidraulik untuk winch mengalami kebocoran. Minyak winch motor menyembur keluar dan asap berkepul-kepul memenuhi ruang hadapan. Suasana agak kecoh seketika dan Jiboy segera melakukan pemeriksaan.


Aku rasa la..bunyi dan gegaran yang dijana oleh Drilling rig ini di dasar laut telah menakutkan ikan. Sepatutnya, kita pindah terus meninggalkan kawasan ini.hehehe
Selepas beberapa ketika, kami akhirnya menerima khabar buruk dari Jiboy akan kebocoran hose hidraulik menyebabkan winch untuk sauh tidak berfungsi. Oleh itu, Jiboy memutuskan secara mandatori trip ini berakhir petang ini. Dengan berat hati, kami bersetuju atas dasar keselamatan. Memancing bila-bila bro..tak lari laut tu.hehehe

Awang juga memberi pendapat yang sama dengan Jiboy. Awang sebenarnya adalah seorang mechanical engineer yang berpengalaman berbelas tahun kerja di Waterwork Labuan. Aku rasa secure jika ada beliau ini dalam dalam setiap memancingku. hehehe.. Kini, beliau running company sendiri berkaitan apa sahaja berunsur mekanikal.
Kami bertolak pulang kira-kira pukul 3.30 pm dan dijangka tiba pada pukul 1 pagi ahad. Tanpa membuang masa, peralatan pancing segera disimpan rapi, ais ditambah ke dalam tong ikan, mandi dan bertukar pakaian agar lebih selesa dalam menempuh perjalanan yang panjang.
Saat-saat terdesak untuk mendapat strike..hehehe..Olan trolling dalam perjalanan pulang. Dengar-dengar Killar..ada sapa-sapa yang boleh sah kan?hehehe
Sessi berborak kosong disambung kembali. hehehehe..borak kaw-kaw sehingga makan malam. Ketika itu laut agak teduh dan arus lautan menghala ke daratan membantu kelajuan Nedjira yang hanya bergerak selaju 5 knot..alahai siputnya!..

Penglipur lara dalam sessi borak kosong dan Kapitan dalam sessi borak kosong di awal malam. Jauh lagi perjalanan ni. Baru pukul 7:00 pm bhaaa..
Setelah menempuh perjalanan yang agak panjang dan memenatkan, kami akhirnya tiba di jeti KK dengan selamat kira-kira pukul 11.45 pm. Rasanya, dah berada di stadium Old Trafford England ni kalau naik kapal terbang. Lega rasanya apabila melihat jeti KK yang terang-benderang dengan lampu jalan. Gerai-gerai seafood pun masih lagi beroperasi.
Bakal-bakal otai di masa depan. Kesungguhan memang ada, cuma perlu upgrade saja lagi. Tak lama lagi, memang menggegar la ni Olan's Brothers!
Selesai memunggah peralatan dan tong ikan masing-masing ke jeti, sessi bergambar menjadi tirai penutup trip kami yang penuh suka duka. Dalam apa keadaan pun, semangat berpasukan telah ditunjukkan oleh team Killar Anglers disamping sentiasa mengekalkan hubungan mesra sesama ahli.
Demian kini sah menjadi tukang masak tetap den berpencen  team Killar anglers di dalam trip-trip yang akan datang. Memang sedap Titir goreng mu Mian. Mujur lah ikan putih tu tidak dapat dikeluarkan dari tong ya..hehehe
Rasa agak sedih apabila trip memancing yang sudah dirancang dan dinanti sekian lama berakhir dengan cara begini. Namun, rasa sangat bersyukur apabila kaki menjejak jeti KK dan dapat kembali ke pangkuan keluarga. Walaupun hasil tangkapan agak kurang memberangsangkan, keseronokkan trip ini pasti akan dikenang sampai bila-bila.
Umpan basung yang bertukar secara magik menjadi ikan goreng yang lazat hasil kerja tangan profesional Demian. Aku setuju mengatakan bahawa ini lah Basung goreng paling sedap sejak hujung 2003 aku bergiat dalam pancingan laut dalam.
Untuk itu, ada baiknya team ini memperluaskan trip pancingan ini ke lokasi-lokasi yang lain dengan menggunakan perkhidmatan kapal berbeza. Jauh perjalanan tentu luas pengalaman bro. Aku segera mencadangkan Kuala Penyu sebagai lokasi seterusnya dalam trip awal tahun 2015. 
Aku tetap salute dengan menu berasaskan tomato ini. Memang sedap bro!!akan datang, kasi tukar itu mangkuk kepada besen ya bro..hehehe..ramai-ramai kita bawa tomato nanti.
Hakikatnya, lubuk yang kami lawati baru-baru ini hanya sejauh 3 hingga 4 jam perjalanan dari Jeti Kuala Penyu. Pengalamanku sebelum ini, bertolak dari jeti Kuala Penyu pada pukul 9:00 pagi, pukul 2 pm, ada sudah ikan-ikan berkualiti mengisi tong ais masing-masing. Memang untung menjimatkan masa perjalanan dan melebihkan masa memancing. Setiap minit yang dilalui entah berapa sen agaknya untuk keseluruhan tambang individu..hehehe..ada sapa-sapa yang sudi mengira??
Dari kiri Sham, Demian, Lempayun(duduk), Olan, Dr Juslee(duduk), Dino, Mawie dan Bonte. Awang tengah ambil gambar. Semoga bertemu lagi dalam trip akan datang. Thank you Bros!
Kredit  pujian untuk Olan’s Brothers kerana amat ‘ringan tangan’ membantu ahli team yang lain. Seperkara yang saya amat salute, team ini amat mengutamakan keselamatan dan keseronokkan memancing. Sehingga bertemu dalam trip yang akan datang.roger roger saja saya  ya kapitan Juslee!!hehehe
Salam ikhlas..Lempayun


Rabu, 17 September 2014

Racun Ungah Mandahan edisi NANO

Setelah agak lama asyik menilik gambar-gambar strike Ungah aku dan Juan, akhirnya Nano berjaya diracun apabila termakan dengan cerita-cerita sensasi Juan. Oleh kerana beliau belum ada peralatan khusus untuk kaedah ini, aku dengan rela hati meminjamkan peralatan kepadanya..hehehe..racun dulu bro!
Ungah yang merampas Nangnak Zerek ini menjadi bualan sepanjang masa Nano..hehehe..semangat membara ni bro!
Isnin 15 sept, 2014 kira-kira pukul 3.30 pm, aku mula bergerak ke lokasi casting yang mudah untuk diakses. Sungai mana lagi kalau bukan sungai Mandahan. Sambil menanti kehadiran Nano, aku menduga lubuk pungkar yang terletak di hulu sungai bersebelahan kilang lama sebagi tanda daratnya.

Awal-awal ni tak apa bro..tumpang gambar pun ok laa. Tak lama lagi, pasti posing sakan dengan Ungah strike sendiri. Mantap lariannya bro!
Nano akhirnya tiba kira-kira pukul 4:05 pm. Kami terus ke lubuk batu sungai Mandahan berhampiran Jambatan yang menghubungkan jalan utama KK-Beaufort. Lubuk ini agak istimewa(seperti leher) kerana fizikalnya yang sempit membenarkan air bergerak lebih laju walaupun ketika arus terlalu lemah. Ketiadaan strike di lokasi ini menyebabkan kami berpindah ke lubuk Jambatan kereta api. Ketika itu, air telah mulai surut. Hanya beberapa kali cast, akhirnya aku mendapat strike yang diidam-idamkan. Kejayaan ini mendorong Nano untuk terus casting tanpa henti..hehehe..belum ada rezeki mu lagi bro!
sessi casting petang ketika cahaya matahari mulai redup. Rasa yang nyaman apabila angin laut bertiup lembut menyejukkan badan.
Kami mengakhiri trip ini kira-kira pukul 6:17 pm. Sebelum pulang Nano sempat berpesan..roger-roger saja bro..hehehe..keesokkannya, kami turun lagi. Walaupun tiada strike hooked up, Nano berjaya juga strike yang terlepas mengakibatkan Nangnak Zereknya terpulas teruk.hehehe..tak apa, sekurang-kurangnya karan sudah teras. Seperkara yang penting..jangan mudah putus asa bro. Sebelum pulang, sempat juga dia pesan, "roger..roger saja bro"..boleee bhaaa..salam ikhlas Lempayun


KILLAR ANGLERS 2nd TRIP:Part 1

Amaran angin kencang yang dikeluarkan oleh jabatan metereologi Sabah agak menggusarkan namun sedikit lega apabila angin yang bertiup sehingga 40 knot dan boleh menyebabkan ombak setinggi 3.5-4.5 meter hanya akan bermula pada 15 sept.hehehe..diharap ramalan itu tidak ‘buyuk’ laa..hehehe..so..trip on!
Good bye KK jetty!we'll be back on sunday.
Pukul 9.30 Pagi 12 sept,2014 kapal Nedjira yang dikemudi oleh Jiboy dan dibantu oleh 2 orang awak-awak bergerak meninggalkan jeti KK dan akan menjadi rumah kepada team Killar Anglers selama 3 hari 2 malam. Trip yang diketuai oleh Dr Juslee ini disertai oleh 9 orang pemancing. Salah seorangnya adalah pemancing paling novice dalam kalangan Olan’s Brothers.

Kapitan dan co-Kapitan
Keadaan permukaan laut agak bergelora akibat tiupan angin selatan sejurus Nedjira melepasi Pulau Manukan. Pergerakkan kapal yang agak perlahan, bertambah perlahan apabila mengharungi ombak dan arus yang deras. Namun, kapten Jiboy tetap tenang mengemudi Nedjira ke lokasi yang telah ditetapkan.

Para pemancing lain juga mengambil kesempatan untuk keluar ke laut lepas dalam keadaan cuaca sebaik ini.
Masa perjalanan yang terluang diisi dengan menyediakan joran, kekili dan perambut. Umpan Basung, Rumahan dan Sotong segar diatur semula kedudukkan agar tidak berhimpit di dalam tong khas untuk umpan. Selepas itu, masa diisi dengan sessi berbual kosong sesama pemancing berkenaan trip yang lepas. Sesekali hilai ketawa yang nyaring keluar dari Demian..memang gitu laa tu Langsuir jantan..jan marah ye Mian..hehehe


Novice  yang sempat berposing dengan tangkapan Olan's brothers ketika berpindah lubuk pada lewat petang
Apabila modal perbualan sudah kontang, tiba masanya untuk layan mata. Dapatkan rehat yang secukupnya sebelum bertempur nanti. Namun, lepas tu tidur, bangun, tidur semula, bangun lagi..makan…apahal tidak sampai-sampai lagi ni kapitan??kita pergi Lucornia kah ni?
Pemandangan senja yang amat indah memang sentiasa dinanti-nantikan. Elemen ini adalah sebahagian dari perencah nikmat memancing laut dalam. Kalau ada awek ni kan best..hehehe
Akibatnya, tidur lagi, bangun pun belum sampai lagi..alahai…rupa-rupanya, lokasi yang dituju adalah Sebarau, di hulu Karang-karangan…patutpun!!!kami akhirnya tiba di lokasi ngam jam 5.30 pm!!!jarih menunggu!
Umpan hiris disediakan lebih awal agar tidak kelam kabut ketika ikan sedang frenzy..satu teknik yang bijak. Disamping menjimatkan masa, aspek keselamatan juga tidak diabaikan. Tau laa kan, waktu kelam kabut, jika tidak berhati-hati, selain basung, jari juga mungkin dihiris sama!
Perjalanan 9 jam tersebut menyebabkan semua pemancing bergegas  menurunkan umpan masing-masing. Memang tidak sabar bro!. Beruntungnya, keadaan permukaan laut semakin teduh dan tiupan angin semakin lembut. Suasana pancingan amat menyeronokkan. Malangnya, arus agak lemah menyebabkan penghuni dasar agak culas menyentuh umpan. Ketika itu, Dino mula laa berpantun-pantun dan berjampi serapah!


Hehehehe..orang tidak hensem tidak apa. Yang penting ikan tu hensem!!Strike awal pagi sabtu dengan set Navy 400, braided 30lb dan joran Pe1-3 memang seronok. Tambahan lagi setelah mendapat moral support dari Olan's Brother.
Hanya beberapa ketika, aksi pancingan malam dimulakan dengan sambutan yang agak hambar dari penghuni dasar. Sepanjang malam itu, kami tetap bertahan di lubuk yang sama. Umpan tetap dihulur penuh harapan dan menanti dengan sabar sambil baring serta tidur-tidur ayam. Suasana agak sunyi tanpa jeritan-jeritan ‘fish on’ dari haluan hingga ke buritan kapal. Akhirnya, aku tewas dengan mata.

Foul hooked jigging oleh Dr Juslee. Jig seberat 100 gm hanya melekat di ekor. Apa tidaknya ikan ini menggila dibawah. Nasib baik la lawan ikan ini Ocea Jigger yang penuh kontraversi..hehehe..nyesal aku tak tau ni Ocea jigger kapitan!
Pukul 3 subuh sabtu, aku bangun dan kembali menyambung aksi yang juga masih hambar. Arus masih terlalu perlahan. Ikan di dasar masih lagi culas dengan umpan yang dihulur. Semalam, Bulan pun agak terang menidakkan kehadiran spesis pelagik seperti tenggiri. Sabar aja laa bro! Umpan tetap dihulur untuk memecahkan ruyung. Kita tidak akan pasti bila masanya ikan akan membuka mulut. 
Sunuh di lubuk yang sama. Ia hanya meronta sekejap sahaja. Lepas itu, ikut saja naik ke atas. Warna yang merah cantik menaikan semangat.
Tanpa disangka, joran ku disentap padu oleh spesis yang belum dikenalpasti. Aku lebih suka memegang joran ketika beraksi kerana tidak mahu terlepas henjutan pertama ikan. Pertarungan tanpa rod holder ini memang mengujakan apabila setiap saraf tubuh kita berhubung secara langsung dengan tenaga larian dan rontaan ikan di dasar.
Olan's brothers amat bersemangat dan sabar ketika menanti patukkan ikan. Aku memang terhibur berada di sebelah mereka yang suka mendendangkan lagu-lagu melayu dari filem-filem melayu lama. Jangan tak percaya bro..penampilan gothic tapi jiwa tetap asli..hehehe..paling best lagu Mbah Surip bangun tidur lagi secara berduet!.
Nasib kami mula berubah apabila matahari mula menampakkan sinarnya. Ketika itu, kehadiran ikan mula menceriakan para pemancing. Suasana meriah dan galak berlaku seketika. Berbagai spesis mula didaratkan di atas kapal. Bunyi kekili elektrik dari sebelah badan kapal tidak berhenti walau seketika. Aku yang masih setia dengan kekili ABC juga turut galak melayan ikan.

Lagi spesis kerapu table size menceriakan Demian.
Mereka yang memiliki kekili elektrik(bangla) memang mempunyai kelebihan kerana tidak perlu bersusah payah melawan kudrat ikan. Serah sahaja pada rod, kekili dan bateri..selesai laa tu.. Cuma, ada korban yang perlu dilakukan..pemancing tidak lagi merasa keseronokan dan nikmat bertarung dengan ikan. Senaman otot yang sepatutnya diperolehi dengan kekili ABC juga tidak ada pada kekili elektrik. Sebab itu aku sedaya upaya tidak akan menggunakan kekili elektrik..kalau boleh sampai pencen laut dalam.hehehe
Tangkapan yang menceriakan di awal pagi. Jika mau lebih seronok bro, cabut itu rod dari rod holder. Kepit pangkal rod di ketiak..pergghhh…seronok bro. Tak percaya?cuba saja..tak rugi.hehehehe
Apa pun, penggunaan peralatan memancing adalah pilihan masing-masing. Cuma, aku tidak akan ikut trip memancing yang didominasi oleh pengguna kekili elektrik kerana, sasaran mereka adalah takat yang jauh lebih dalam melebih 100 meter ke atas. Apa yang aku mahu sebenarnya adalah keseronokan memancing di laut lepas dan bukannya ikan semata-mata.hehehe..alamak..bersambung lagi.