Khamis, 10 Disember 2009

Unp's next ungah


aku bertolak sebelum pukul 5 petang.Aku agak lewat kerana ada hal yang perlu diselesaikan.Lokasi mengilat di sungai kecil UNP.Aku pergi keseorangan memandangkan tujuan hanya untuk mengurangkan rasa gian.Keadaan air pasang pada 1.5 m dan pergerakkan air pasang mula perlahan.Aku mula cast disebelah hulu jambatan keretapi dengan menggunakan gewang Hinomiya Premium warna hitam silver menyerupai anak kembura.Tidak lama untuk mendapatkan sambaran Ungah melebihi 700 gm. Satu lagi sambaran kasar, tetapi rabut.Lebihkurang pukul 5 30 pm,aku berpindah lokasi ke sungai Kimanis.Puncanya, aku tidak tahan dengan habuk tebal yang dihasilkan oleh lori besar yang masuk bersilih ganti.Menyesakkan nafas!.Air mula turun ketika aku tiba di lokasi.Aku mula cast berhampiran jambatan keretapi kg kuala Kimanis dengan menggunakan gewang matriks.Disini aku mendapat sekali sambaran rabut dan seeekor lagi berjaya memecutkan gewangku ke celah tiang jambatan lama.Sangkut yang agak kuat memaksaku menarik sahaja dan putus seraya azan berkumandang.Kalau tiada aral, esok petang turun lagi.

Isnin, 7 Disember 2009

Trofi 2009

Sekeping gambar yang cukup untuk menceritakan segala-galanya. Berat 10.5 kg berjaya ditewaskan oleh Juan dari teamlempayun.Juan menggunakan gewang Hinomiya berharga rm 7.50.Perambut fluorocarbon dam,joran Lemax president dan kekili shimano Catana yang dimuatkan dengan braided Powerpro 30 lb.Gambar ini tidak boleh dipertikaikan jika keluar majalah, kerana gambar selungsung mega muara miri pun dah berulangkali keluar majalah.Lagipun,ini bukannya shot yang terbaik...ada lagi yang cantik bro.ini hanya untuk tatapan sahaja.

The Fake Rapala Shad Rap shallow

Petang tadi aku singgah disalah sebuah hypermarket di Kota Kinabalu.Ketika melintasi sudut sukan,aku ternampak gewang yang amat menyerupai Rapala Shad Rap Shallow diver.hehehehe..gewang tiruan.Aku keluarkan dari bungkusannya.Memang serupa tapi ringan laa..sebab ia diperbuat dari bahan plastik..mungkin fiber.Bukannya dari kayu balsa untuk gewang ORI.Memang lawak,tetapi aku terpangggil untuk mencubanya.aku sambar lah 2 biji.Tunggu masa sesuai,aku akan laporkan prestasi gewang ini.jika berkesan,pas ni confirm dipajak.heheheShad rap silver black spot dan shad rap green stripes.ada lagi sebiji warna marlboro.tunggulah dulu.kedua-duanya akan dicuba jika ada masa lapang.Memang murah dengan harga bawah RM 10 aja.make up pun boleh tahan.Tak salah jika dijadikan koleksi dalam kotak gewang.

Ahad, 6 Disember 2009

Product Tester

)6 Dec,09:Team Lempayun sangat bertuah apabila diundang oleh editor utama majalah Kembara Kail Che Hasruddin Che Hassan untuk bersama-sama menguji barangan pancing yang dibekalkan dari jenama Rod Ford Creation.Lokasi ujian adalah Ecolake yang terletak di Membakut.Kami bertolak selepas sarapan pagi di pekan Membakut kira-kira pukul 7:00 am.Selepas membayar tiket masuk sebanyak RM 3 sekepala,kami memulakan acara casting tanpa henti. Juan dan Tay masing2 mendapat sambaran yang rabut disebelah pagi.Pukul 11.30 am, kami berehat dan ke Beaufort untuk makan tengahari. Acara disambung kembali pada pukul 2.00 pm.Hanya sekali sambaran yang miss oleh Juan disyaki perbuatan Toman. Pukul 4:30 pm, kami beralih ke Muara Mantabawan untuk menguji gewang muara yang dibekalkan.Namun nasib tidak menyebelahi kami dengan tiada sebarang sambaran.Objektif hampir tercapai.Aku yang menggunakan joran sidewinder mendapati ianya agak ringan dan memiliki dayalentur yang baik.Renangan gewang juga boleh tahan. Produk yang kami uji ini adalah mampu milik yang dapat memberikan kepuasan seperti peralatan yang mahal. Antara peralatan yang diuji adalah,joran spinning 10-25 lb sepanjang 6.6 kaki, pelbagai jenis selaman gewang,swivel dan flourocarbon line. Memang seronok membalun habis-habisan di tasik ini.
Biasalah sebagai kenangan.Mesti bergambar dengan barangan yang diuji.Bilik selesa juga disediakan agar pengunjung tidak membuang merata-rata.jambatan yang menghubungkan antara pondok ke pondok memang sesuai sebagai tempat melancarkan segala lures anda.Floating hut dan suspension bridge yang terdapat di tasik menjadi tarikan untuk berehat.Aturletak landskap tasik ini sangat bagus dari sudut Feng Shui dimana angin dari arah bukit sentiasa bertiup dan menyejukkan sebarang makhluk yang berehat di tengah tasik.Trip pagi diakhiri dengan acara makan durian yang disponsor oleh abang ramah dari selagon.Mengakhiri kata, kami dari Team Lempayun mengucapkan ribuan terimakasih kepada Kembara Kail, Che Hasruddin khasnya atas jemputan yang amat jarang diperolehi ini. Akan datang, jemputlah lagi..hehehehe

Jumaat, 4 Disember 2009

sembilang kumpau

04 dec,khamis pagi.aku dan bradah ngunjar sembilang di muara bongawan.kekok juga rasanya apabila lama tidak pancing dasar.namun,kita haruslah memandang dari mana asal kita.aku yang bermula sebagai kaki bottom tidak seharusnya melupakan kaedah ini sepenuhnya.casting2 juga bro,bottom jangan lupa.sebabnya, kalau mau casting juga..KEMPUNAN laa kau mau makan sembilang...hehehehe..sesuai dengan spesis laaa bro..jgn bodo sombong...hehehe

aing sajuk baaaa...

Sessi mengilat di Kuala Penyu terganggu dengan hujan lebat yang melanda seluruh daerah.Kerana dah gian,trip diteruskan juga tanpa sebarang sasaran ditetapkan.Hujan yang turun sepanjang minggu akan menyebabkan kejatuhan suhu air sekaligus membuatkan ikan pasif.Satu-satunya Kerapu yang membaham Rapala Tail Dancer fire tiger.CNR laa broo...satu-satunya Mangrove Jack yang tewas pagi itu.Memang mengilat ketika suhu air yang sejuk dan diluar musim tidak akan menghasilkan keputusan baik.Kena akur laa..namun hasil bukanlah motif utama. Perkara yang penting, melihat renangan gewang dan keindahan persekitaran dapat membantu menyihatkan minda.Hujan yang amat lebat turun disebelah tengahari menghentikan sessi mengilat kami.sambil berteduh dan mengimbau kenangan lama.kalaulah ada kopi pekat kaw,ubi rabus dan gula masin..edehhh..cakap pun taraa gunaaa..Nasib baik laaa ada pondok berteduh untuk nelayan ni.Memang selesa.ada dapur dan lubang untuk membuang hajat.ada tikar lagi tuu..sempat juga tidur bekuruh disini sementara menanti hujan teduh.namun sudah lewat petang.Docking kapal.tebingnya berpotensi untuk aktiviti mengilat.hambur2 wooo...next time boleh try dari tebing nih.