Aku mulai kenal Pulau Mengalum sejak penghujung
tahun 2002 apabila aku mula menceburkan diri dalam arena pancingan laut dalam. Ketika itu,
aku handa dimaklumkan oleh seorang rakan bahawa Pulau mengalum adalah pusat kuarantin binatang. Kini, ia merupakan salah satu destinasi pelancongan
yang terkenal di ibukota. Baru-baru ini, warga Sabah dikejutkan dengan tragedi bot
Catamaran yang karam ketika membawa pelancong dari China dan menyebabkan
kehilangan nyawa serta mangsa yang belum pernah ditemui sehingga ke hari ini.
Ianya adalah amaran kepada pihak yang sentiasa mengabaikan aspek keselamatan.
penginapan kami untuk selama 2 hari 1 malam dimiliki dan dikendalikan oleh Abang Elton serta dibantu oleh anak dan krewnya. |
Berlepas dari jeti Jabatan Laut Sabah Sepanggar, Kota Kinabalu |
Baru-baru ini, 11 mac 2017, aku telah menyertai sebuah trip
kumpulan pemancing berorientasikan santai yang menjadikan lokasi takat
sekeliling Pulau Mengalum sebagai medan pancingan. Aku agak teruja kerana
berdasarkan pengalaman lepas, takat-takat Pulau Mengalum juga tidak kurang
hebatnya. Aku juga mengetahui kebanyakan takat-takat di sini hanya berkedalaman
di bawah 50 meter. Oleh itu, aku hanya membawa set pancing dasar kelas ringan
dan satu set light jigging. Walau bagaimanapun, aku juga tidak meninggalkan
satu set khas untuk kedalaman di bawah 120 meter (just in case bro..hehehe).
Alahai..sampah sarap di permukaan laut yang menjejaskan panorama indah teluk Sepanggar |
Apa dia set memancing dasar kelas ringan?
Ok, set
memancing kelas ringan milikku hanyalah sebuah reel spinning bersaiz 4000
(shimano Navy PowerGear..old model) yang diisikan dengan tail sulam bersaiz 30 lb (jenama
stren) serta joran jigging generasi awal sepanjang lebih kurang 5 kaki(Relix
butt-joined jigging rod Pe 1-Pe3). Joran jangan terlalu panjang kerana beban angkatan akan berada jauh dari badan kita. Akibatnya, tangan dan bahu cepat lenguh ketika menahan asakan ikan. Set seringan yang dilengkapkan dengan kaedah
paternoster ini adalah kewajiban kepadaku jika purata kedalaman takat sehingga dibawah
70 meter.
Bersama Fadly, penganjur trip yang sentiasa gigih meningkatkan ilmu memancing. Beliau amat berpotensi besar menjadi seorang pemancing otai yang akan dikenali ramai suatu masa nanti. |
Kenapa aku gemar menggunakannya?
Penggunaan set pancingan ringan ini boleh dikatakan banyak
membantu meninggikan degree kejayaan trip pancingan anda. Pada kedalaman laut
di bawah 50 meter, set pancing kelas ringan amat efektif kerana ianya amat mudah dikendalikan,
pantas, cekap dan menyeronokkan. Set ringan juga sentiasa boleh dipegang dan
amat sensitif terhadap sebarang getuan di dasar laut. Sentapan mendadak dan
karauan bertenaga dengan mudah boleh dilakukan. Oleh itu, kepantasan adalah
senjata utama apabila berada di atas takat yang dihuni oleh pelbagai spesis
ikan bersaiz di bawah 3 kg. Kepantasan juga amat penting ketika ikan sedang
frenzy. Strike ikan lebih berat dari itu adalah bonus untuk keseronokkan
melayan kudrat ikan disamping menguji kemahiran anda menikmati larian dan
benaman ikan serta pengendalian alat anda. Memang berasap kekili apabila
dihenjut oleh Lausu/Empror seberat 5 kg hingga 7 kg bro!!Untuk rekod, aku
pernah memenuhkan tong coleman biru hanya dengan menggunakan set pancingan
ringan.
Kira-kira jam 2:40 pm, kami tiba di takat yang hanya
berkedalaman 40 meter berhampiran Pulau Mengalum. Sebelum itu, kehadiran kami
disambut mesra dengan tiupan angin utara yang sejuk dan agak kuat. Permukaan
laut mulai membengkak dengan alun dan bunga-bunganya(bungalapang). Kapal
beroleng dengan agak kuat ketika sauh diturunkan secara manual. Namun, semangat
tetap membuak-buak untuk menurunkan umpan. Detik demi detik berlalu, umpan
tidak disentuh dan aksi agak senyap sehinggalah bot berpindah beberapa kali
tanpa ada tangkapan yang boleh dijadikan cerita kedai kopi. Angin utara semakin kencang ketika aku bergerak masuk ke
dalam kabin akibat tidak tahan dengan suhu sejuk dan rasa yang agak kurang
selesa akibat olengan kapal yang semakin rancak. Aku membaringkan badan sambil menikmati goyang dumang dan mula
mengimbau kenangan lama aksi pancingan di takat-takat sekitar Pulau
Mengalum bersama rakan-rakan lama. Kenangan yang sentiasa segar bersama kåpål pancing Aloha, Seastar, KK Law, Kapal besi, kapal kayu belian dan lain-lain lagi hampir 20 tahun lampau.
Aku bersua lagi dengan Pulau Mengalum yang memang telah menjadi sebahagian penting dalam dunia pemancingan ku sejak sekian lama. Pulau yang sentiasa menggamit kenangan. |
Ketika itu, pelbagai spesis ikan amat mudah didaratkan.
Pelbagai spesis ikan Kerapu, ikan-ikan takat seperti Pisang (ikan mentua),
emperor(Lausu), Tambak, kirung Tengiri, pelbagai spesis ikan Ayam Laut/Jebong,
pelbagai spesis ikan Putih dan Merah dan lain-lain ketika pancingan siang dan
spesis bagak seperti Keratang, Tambong/Jenahak, Red Bass/Berahan/Marungan,
Tenggiri, Alu-alu/Titir ketika pancingan malam pada kedalaman di bawah 70 meter
sahaja. Ke mana laa agaknya mereka semua tu ya?
Para penghuni takat-takat di sekitar Pulau
Mengalum memang sudah lama menghilang disebabkan pelbagai faktor antaranya
seperti pancingan berlebihan/over-harvested dan penggunaan bom ikan dan racun.
Kawalan pihak berkuasa yang amat longgar terhadap sebarang aktiviti di area ini mengakibatkan
ketandusan penghuni takat-takat tersebut tidak seperti kemewahan 10 atau 20
tahun yang lampau. Apapun, aku masih enjoy dengan trip ini.
Jigging di awal pagi hanya mampu menarik minat spesis anjang-anjang bermulut kecil. |
Aku keluar dari kabin dan memulakan aksi pancingan subuh.
Tidak sampai 10 minit, aku berjaya mendaratkan seekor Red Bass/ Berahan.
Selanjutnya, beberapa ekor lagi anak ikan Lausu terpedaya dengan umpan hirisan
basung dan sotong. Ketika sedang rancak memancing, angin barat bertiup bersama
dengan hujan sekali,alahai..kembali ke kabin lagi!.Tak tahan sejuk bro!perghhh
suhu sejuk terasa hingga ke sum-sum!..hujan terus turun lebat merangsang
kenangan-kenangan lalu kembali menggamit perasaan. Satu demi satu wajah-wajah
rakan sepemancingan melintas dibenak. Agaknya ada yang masih aktif lagi ataupun
tidak?
Kapal abang Elton. Apa lah agaknya kotak putih yang berada di buritan kåpål tu ya? hehehe.silalah PM untuk dapat jawapan..hehehe |
Hujan mulai reda dan kami kembali menyambung
aksi pancingan di beberapa buah takat lagi.
Namun, semua takat-takat tersebut juga tidak memberi sambutan terhadap
persembahan kami. Tekong, Abang Elton mencadangkan kami menamatkan trip supaya
kami tidak terlalu lewat tiba ke jeti. Kapal milik Abang Elton bergerak menuju
Kota Kinabalu dengan kelajuan 7 knot.
Home made rod holder. Pemancing sentiasa kreatif dalam menambahkan aksesori memancing yang biasanya dijual terlalu mahal di kedai pancing. Boleh tempah kah ni bro? |
Kesimpulannya, kejayaan sesebuah trip itu bukanlah terletak
semata-mata kepada jumlah hasil tangkapan yang banyak. Ukuran itu boleh
diluaskan lagi kepada kejayaan kembali pulang ke jeti dengan selamat, perasaan
enjoy dan puas ketika memancing di kapal, mendapat kenalan baru serta berkongsi
dan bertukar-tukar ilmu pengetahuan. Kejayaan sebenar adalah apabila aktiviti
memancing berterusan sehingga bila-bila dengan menyaksikan kemunculan para
pemancing baru yang lebih berhemah dan mapan. Sekian. Salam ikhlas dari
Lempayun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan