09/03/2014 (Ahad): Awal subuh lagi kami bergerak ke Sungai Padas Beaufort untuk mencari Ramen Padas/cacing buat juadah Nanggalah Kota Klias. Suasana yang masih gelap dan sejuk musim kemarau mengiring perjalanan kami. Kami singgah sekejap di Shell Bandau Membakut untuk menambah bekalan minuman Tohatsu 8 hp ku. Selepas itu kami berkejar ke Sungai Padas dan dua orang pemuda yang gagah memulakan aksi 'Hitachi' atau 'Kerabau Pendek' di tebingan sungai untuk mendapatkan Ramen Padas.
|
Awal lagi dua Hitachi atau ehem..ehem..beraksi di tebingan sungai Padas semata-mata untuk mendapatkan juadah makan yang lazat buat Nanggalah Kota Klias |
Suasana yang masih samar ketika matahari masih lagi segan untuk menimbulkan diri, kedua Hitachi berkerja keras untuk mendapatkan Ramen Padas. Memang agak sukar kali ini disebabkan keadaan kemarau, permukaan tanah agak kering dan keras. Kesannya, semua Ramen ini masuk lebih jauh ke dalam tanah. Terpaksalah kudrat yang lebih digunakan untuk menjejak Ramen.
|
Suasana subuh yang indah dan nyaman. Udara pun segar dan bersih. Sebab itulah, aku lebih suka menetap di kampung! |
Projek mendapatkan Ramen selesai kira-kira pukul 7:15 am. Kumpalan Ramen sebesar bola takraw rasanya memadai untuk pancingan seharian buat kami bertiga. Kami terus bergerak ke kampung Klias kecil dengan perasaan yang sentiasa dihambat oleh nikmat jentikkan udang dihujung joran.
|
Cabaran yang terpaksa dihadapi ketika air surut. Pagi tadi meroboh tebing sungai, kali ni berkubang pula. Hebat sungguh cabaran yang dihadapi oleh pemuda harapan bangsa ini!hehehehe |
|
Hehehehe..tekong untuk trip ini. Kaki nampak bersih saja. Kerja-kerja keras memang dikhaskan untuk pemuda yang gagah perkasa sahaja. Tahniah!!hehehehe.. |
|
Azreen/Bajin yang pemalu rupanya sudah ada awek!!! |
Kami terus menuju ke lubuk Laba 2 yang pernah ku anggap sebagai 'Ghetto' Nanggalah/Udang Galah. Kami tiba sebelum pukul 9:00 am, malangnya lubuk sudah pun dihuni oleh 2 buah bot kaki pancing udang galah yang lain. Tak mengapa, kami berundur ke lubuk Laba 1 yang tidak kurang hebatnya dalam sejarah pancingan udang ku di Kota Klias. Tidak menunggu lama, aksi pancingan bermula dengan Nanggalah silih berganti memasuki bot..hehehe..tapi semuanya joran aku!!
|
Saiz dewasa yang melayan joran ku di awal pagi. Henjutan, lentikkan yang 'gostan' kebelakang merupakan nikmat dihujung joran. |
|
Untuk meningkatkan degré nikmat tersebut, gunakanlah peralatan memancing seringan yang boleh. Saiz yang hampir sama makan serentak menunjukkan saiz sebaya sedang berkeliaran di dasar sungai. Aksi mesti pantas!! |
Sambutan Nanggalah yang galak di bahagian tengah sungai menyebabkan suasana yang agak sunyi untuk pemancing yang berada di ceruk bot berhampiran tebing sungai. Nanggalah bersaiz besar satu-persatu menghenjut joran aksi super super light pancingan udang. Tidak sampai hati, kedudukkan bot dialih ke tengah sungai, baru lah senyuman terbit diwajah kedua pesaing ini. hehehe…tak apa..bagi can!
|
Penggunaan 2 matakail dan dibiarkan seketika menikmati Ramen menghasilkan 'tandan pisang'. 4 atau 5 kali kejadian tandan pisang berlaku padaku..hehehe..menyebabkan mata kedua pesaing semakin merah!!kahkahkah |
|
Azreen/Bajin yang romantik asyik melayani mesej dan panggilan dari 'Udang besar' juga memperolehi tangkapan terbesar dalam trip ini. Kali ni, mataku pula yang merah. hehehehe |
Air sungai mula bergerak pasang pada pukul 2:00 pm. Oleh itu, kami mula bergerak semakin menghulu sungai untuk mengejar pergerakkan Nanggalah di dasar. Usaha kami tidak sia-sia kerana, kami tetap dilayan oleh Nanggalah dalam setiap lubuk yang kami singgahi..memang best!!
|
Hasil Tangkapan masing-masing. Udangku dalam tong ais..kasi rahsia dulu. Biar kedua pemuda gagah ini terbeliak mata melihat jumlah tangkapan ku di jeti nanti!hehehehe. |
Seperti biasa, jam loceng ditetapkan berbunyi pada pukul 5.30 am. Nanggalah sudah mulai kurang galak dan air mulai turun dengan bergerak perlahan. Keriangan memperolehi kuantiti Nanggalah yang banyak sememangnya mengatasi rasa letih, jerih dan sengsara pagi tadi..Mereka berdua adalah pemuda harapan bangsa..hehehehehe..
|
Tangkapan ku seorang..boleh lah tahan! |
Nanggalah merupakan spesis yang amat sensitif dengan kualiti kebersihan air. Malahan, dalam artikel Kakau kota Klias yang pernah diterbitkan dalam sebuah majalah tempatan, aku ada mengatakan bahawa Nanggalah ini adalah indikator kepada tahap pencemaran air di sesebuah ekosistem sungai. Sungai-sungai seperti sungai Madang Pimping, Sungai Membakut, Sungai Bongawan, Sungai Mandahan dan Sungai Kimanis sering menjadi mangsa kerakusan manusia yang tidak bertamadun. Penggunaan racun untuk menangkap udang galah juga melibatkan semua spesis yang menghuni sungai menjadi mangsa kerakusan itu. Akibatnya, kaki pancing udang dari Bongawan, merayau ke daerah-daerah lain semata-mata untuk menikmati henjutan Nanggalah. Pihak berwajib?Pihak berkuasa?cakap pun tara guna!!Sepatutnya JKKK memainkan peranan penting dalam hal ini. Apabila manusia tidak mengambil endah terhadap kemusnahan yang berlaku berhampirannya..bala yang lebih besar pasti akan tiba!
|
hehehe..tradisi merebus Nanggalah yang masih segar. Lazatnya sukar diungkapkan dengan kata-kata. Pemancing baru patut berjinak-jinak dengan pancingan Nanggalah kerana ianya mudah dan berbaloi. |
Oleh itu, jumlah Nanggalah yang banyak di Sungai Kota Klias menjadi petanda kepada tahap kebersihan sungai Kota Klias dari sebarang pencemaran. Seperkara lagi, untuk mengelakkan berlakunya pengurangan terhadap jumlah Nanggalah di sungai ini, kita dan para pemancing sama-samalah bertanggungjawab dengan melepaskan udang yang bersaiz kecil. Apapun, tahniah dan sekalung penghargaan kepada warga Kota Klias. Jaga dan peliharalah kebersihan sungai anda agar sungai anda sentiasa berada di dalam hati semua kaki pancing udang! Salam
Lebar kidum Tgh Osman...
BalasPadam