06/10/13 ahad, adalah aksi bagang yang bersejarah apabila berjaya menewaskan Banglus@Haruan Tasik@Cobia dengan berat melebihi 20 kg. Ribut yang berlaku di tengah laut menyebabkan spesis bagak ini mencari makan ke pesisir. Kira-kira pukul 8:15 am, seekor ikan Selidai dikait pada 2 matakail yang diikat pada dawai sepanjang sejengkal dihantar ke arah bayang gelap makhluk besar di bawah permukaan air, tanpa menyedari ianya adalah seekor Banglus bagak.
|
Adihhh..beratnyaa!!!..tangkapan berat lebih 20 kg telah membelasah kudrat ku secukupnya.
next time bagilah budak-budak junior melayan turbo kereta kebal ni. |
Sebaik sahaja umpan mencecah permukaan air, kelihatan bayang gelap tersebut meluru laju menyambut umpan...Aku membiarkan bail arm terbuka sekejap untuk membenarkan mangsa melarikan dan menelan umpan. Dalam kiraan 10 saat, bail arm segera ditutup dan aku terus melakukan sentapan...sreeeeeeeeeeeeeeeeeeetttttttttttttttttt...Shimano Navi 5000 PG menjerit nyaring. Larian tanpa henti mencetuskan sedikit panik apabila jumlah braided di dalam spool semakin mengurang..
|
First time pegang ikan fresh sebesar ini dengan benak yang dipenuhi seribu persoalan...boleh kah aku menewaskan Banglus bagak ni??? |
Dengan segera, enjin bot dihidupkan dan aku segera menghalakan bot mengikut larian pemangsa..Joran segera diserahkan kepada Bajin untuk peluang beradu tenaga dengan spesis terbesar dalam hidupnya..namun..tidak sampai 20 minit, junior ini menyerah kalah dan aku terpaksa meneruskan hampir 30 minit perlawanan selepas itu..tali Fluorocarbon Dam 40 lb yang dihubungkan kepada Braided Powerpro 30lb dikhuatiri tidak mampu bertahan.Kekili juga semakin panas akibat geseran-geseran ganas drag kekili. Oleh itu, teknik softly softly terpaksa digunakan walaupun ianya sudah tentu mengerah banyak kudrat akibat perlawanan yang mengambil masa lama.
|
Junior yang hanya mampu bertahan tak sampai 20 minit...apa laaa stamina!!!..awal-awal lagi mengadu sakit pinggang..hehehehe |
Banglus mula keletihan dan berjaya diheret menghampiri bot. Bajin segera mencapai Gaff/Gancu ketika Banglus benar-benar menghampiri bot. Namun, hanya pada percubaan ketiga, barulah Bajin berjaya menggancu Banglus di bahagian perutnya..
|
potong 3 brooo...hehehehe... |
Kali pertama mendaratkan Banglus bagak adalah ketika masih aktif dalam aksi laut dalam tahun 2003-2005..namun, tidak disangka aksi bagak sebegini juga boleh diperolehi di pesisir Teluk Kimanis..rezeki lah katakan..hehehehe
tahniah bro...tahniah
BalasPadamsemua ikan besar2 tu
thank u bro
BalasPadam