Isnin, 9 Ogos 2010

Rinduku terubat di Mandahan

Ketika memandu pulang dari sekolah, aku melihat air sungai Mandahan yang agak mengancam. Memang sudah sekian lama tidak bersua dengan Ungah hinggakan terbawa-bawa dalam mimpi. Sampai di rumah, carta pasang surut dikaji, malangnya air turun agak deras dengan jatuhan melebihi sekaki sejam..alahai.Namun, tekad sudah dibulatkan, tiada Ungah tak mengapa asalkan melihat renangan gewang pun jadi lah!Selepas Asar, aku tidak berlengah dan memandu sendiri ke sungai Mandahan. Kereta segera di parkir dan aku memilih kedudukkan di bahagian hulu jambatan Mandahan. Memang jelas, air sedang mengalir turun dengan deras. Di dalam hati berdetik, setengah jam pun jadilah. Ada atau tidak serah padaNYA.Pukul 4:05 pm, gewang kegemaran si Tamparan ku hantar ke bawah jambatan. Gewang dapat beraksi dengan baik tanpa karauan yang laju kerana velocity air membantu menggerakkannya. Aku dapati terdapat poket-poket air yang diperlihatkan dengan pusaran air yang menghentam tebingan. Berdasarkan pengalaman, kawasan ini perlu diberi tumpuan dengan andaian ada Ungah yang sedang bersedia untuk melakukan serangan hendap.

Benar seperti yang disangka, tidak sampai 10 minit, gewang ku tiba-tiba ditekan ganas. Drag yang agak longgar memberi peluang kepada matakail original yang agak rapuh untuk bertahan. Tujahan-tujahan Ungah agak mencemaskan kerana risau ia akan menyelinap disebalik batu. Jika berlaku, perambut YGK 25 lb, sukar untuk bertahan. Akhirnya, jika sudah rezeki memang tidak ke mana. Seekor Ungah seberat 700-800 gm menjadi pengubat rinduku.

Gewang di hantar ke lokasi sambaran tanpa berlengah. Arus sungai menjadi semakin deras. Tidak sampai 5 minit, sekali lagi gewangku disambar. Boleh tahan juga gewang keramat si Tamparan ni. Sambaran agak kasar dangan kekuatan drag yang sama tetap membenarkan taliku dilarikan jauh. Nampak gaya, saiz Ungah kedua ini lebih besar dan ini terbukti apabila susuk tubuhnya jelas kelihatan bagak ketika terjatuh semasa aku mengangkatnya dengan joran ke tebingan batu..Cittt Poooodaaaah!lepas la pulak!.Air yang semakin deras tidak mengizinkan aku meneruskan sesi menggewang. Aku mengakhiri sessi mengilat kira-kira pukul 4:35 pm..hehehe..tak lama masa yang di ambil. Kapada rakan-rakan, intai-intai lah jadual pasang surut. Datanglah ke mari ketika air baru mau gerak turun. Sebabnya, Ungah di hulu akan kembali ke hilir dan mudah untuk dikejar. Salam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan