Khamis, 22 Oktober 2009

Menjinakkan Selungsung (Lates Calcarifer)

Mengesan kehadiran Selungsung di sesebuah lubuk bukanlah satu kerja yang mudah. Ada banyak elemen yang perlu diberi perhatian. Di antaranya yang pasti adalah, sungai tersebut memang diketahui dihuni oleh Selungsung. Jika memang tiada kewujudan Selungsung di sana, apa pun cara pasti akan gagal. Kedua, perlu diketahui bulan-bulan tertentu Selungsung memasuki muara. Biasanya Selungsung memasuki muara ketika musim ia bertelur dalam bulan Januari hingga Mei. Ketika itu juga, laut agak teduh dan sumber makanannya seperti udang banyak terdapat di muara dan sungai. Contohnya muara Binsulok, bulan Januari hingga Mac merupakan bulan terbaik untuk bertemu selungsung di sana. Ketika itu, nelayan Binsulok meraih tangkapan udang yang banyak.
Keadaan air pasang merupakan saat terbaik untuk menemuinya kerana kebanyakan selungsung yang berlegar di muara akan memasuki sungai untuk memburu kawanan kembura. Keadaan suhu juga perlu hangat dan tidak terlalu jernih ataupun keruh. Keruh sikit tak mengapa kerana Selungsung memiliki vision yang baik.
“Barramundi are predators and love to hang out near rocks and logs, where they can hide and wait for unsuspecting smaller fish or crustaceans (and laugh about anglers who snag and lose their lures there)”
Kata orang tua, selungsung menghambur terlalu jarang makan umpan. Biar senyap dan sunyi pasti umpan akan dikerjakan Selungsung. Ini terbukti di muara Binsulok di mana Selungsung yang menghambur ke sana ke mari tanpa menghiraukan gelekkan gewang. Bikin sakit hati saja!.
Selungsung tidak memilih gewang, Cuma pilihan perlu disesuaikan. Dalam keadaan air jernih, gewang yang berwarna natural lebih mudah menipu visionnya manakala ketika air agak keruh, pilihlah warna yang agak terang dan menonjol seperti merah putih, keemasan, biru dan hijau terang. Jika lubuk agak dalam, gunakanlah gewang selaman dalam dan sebaliknya jika lubuk agak cetek. Karauan gewang perlu seperlahan yang boleh. Jangan terlalu laju kerana Selungsung bukanlah jenis yang mengejar. Ia akan merembat gewang yang hanya melintas di depan batang hidungnya.
Selungsung tidak akang menyambar dengan ganas. Biasanya, hanya berlaku 2 kali ketukkan kecil seolah-olah anak ikan dan tiba-tiba gewang berhenti seolah-olah sangkut. Jika ini pengalaman pertama anda, kesilapan besar berlaku jika anda menyentap joran sekuat hati. Tancapan pasti akan rabut kerana Selungsung bukan jenis menelan, tetapi menyedut (implosion), tidak hairanlah kebanyakan matakail hanya tertancap di bibir dan pipinya sahaja. Berdepan situasi tadi, joran hanya perlu di angkat dengan lembut. Selungsung hanya akan mengamuk apabila gewang yang sedang di gonggongnya terasa di tarik. Ketika ini, minimum drag perlu digunakan kerana drag yang ketat akan menyebabkan matakail terkangkang apabila Selungsung membuat lompatan akrobatik. Drag yang minimum tidak akan menyebabkan matakail terkangkang dan masih boleh memegang jika matakail hanya tertancap sedikit sahaja.
Kalau tiada siut macam mana?elakkan tidak membawa siut. Jika tertinggal, kaedah meletihkan Selungsung amat berkesan. Jangan terburu-buru untuk mendaratkannya. Pastikan selungsung lemah disebabkan drag yang minimum. Apabila ia kehabisan tenaga, ia akan mudah di heret ke tebing dan terjunan ala Steve Erwin boleh dilakukan!rungkup laaaa!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan