Selasa, 2 Mac 2010

Gewang XXX mengganas

Selasa petang, March 2,2010: Aku dan adik mengadakan trip mengilat singkat di Muara Bongawan. Trip yang tidak dirancang ini tidak disertai oleh Juan dan Tay yang masing-masing ada hal. Keadaan air surut agak laju ketika kami tiba di jeti. Selepas memunggah peralatan ke dalam bot, kami menghulu sungai memandangkan air sungai agak jernih dan perkhabaran yang mengatakan GT dan Lingkuh berjaya didaratkan oleh kaki bottom minggu lepas.

Ungah pinjam ni bro!hehehehe
Oleh kerana tiada sambaran, kami pergi ke kawasan muara untuk cubaan casting. Air semakin turun dengan laju, namun kami tetap mencuba. Gewang XXX dipertaruhkan dengan penggunaan single hook. Kira-kira pukul 3:45 pm, gewangku disambar padu. Kekuatan drag yang memang sedia disetkan semasa menduga bangkar diuji betul-betul. Beban dipindahkan kepada tulang belakang joranku yang melengkung hebat. Beberapa minit kemudian, seekor Ungah bagak didaratkan. Memang karan!. Masih dilubuk yang sama, sambaran berlaku lagi pada pukul 4: 15 pm. Namun tancapan yang kurang kemas menyebabkan Ungah berjaya memboloskan diri.

4:30 pm, kami berpindah masuk ke dalam sungai Padas. Casting di sini menghampakan tanpa sebarang sambaran. Acara berikutnya diisi dengan kaedah trolling. Hanya sekali gewangku mendapat sambaran tetapi rabut. Jam menghampiri 5.30 pm apabila kami kembali ke lubuk kegemaran. Biarlah kami menghabiskan sisa-sisa perjuangan disini. Kira-kira pukul 6:05 pm, gewang ku dsambar lagi. Memang padu apabila sambaran berlaku hanya dalam jarak 5 kaki dari bot. Drag yang ketat menyebabkan joranku menyelam mengikut renangan Ungah. Perlawanan berakhir apabila Ungah berjaya disauk kedalam bot.

Mengilat dalam keadaan air surut petang ini memberikan cabaran ditambah pula dengan tiupan angin yang agak kencang. Gewang sering di tiup jauh dari lubuk dan bot berpusing-pusing kerana tiupan angin. Kembali ke jeti, air terlalu surut. Kami berdua terpaksa berkerja keras menolak bot ke dalam garaj. Alahai, kensel la main badminton malam ni. Kalau dah perut kenyang dengan lauk rabus Ungah, mana ada game lagi.hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan